Tuesday, April 12, 2022

Perghhh !!!! Gadis cantik jadi buruh sanggup pikul simen

 

Nur Halisa bekerja keras kerana ingin membantu ibu dan bapanya. – TikTok Nur Halisa/RCTI Plus


JAKARTA – Seorang gadis bertudung  di Indonesia menjadi sensasi internet kerana kesungguhannya bekerja sebagai buruh binaan sehingga sanggup memikul  simen, lapor portal berita Wolipop kelmarin.

-ADVERTISEMENT-

Berdasarkan video yang tular di laman TikTok, gadis bernama Nur Halisa itu dilihat sedang mengangkat guni berisi simen dari sebuah lori yang diletakkan di hadapan sebuah bangunan. 

Dia juga memanjat ke atas lori lantas memikul  simen tersebut.

“Belajarlah menikmati apa yang kamu miliki kerana ia akan membuatkan hidupmu lebih bernilai. Jangan lupa bersyukur kerana dapat membantu ibu bapa dan jangan sombong,” tulis gadis itu pada hantaran tersebut.

Hantaran itu menerima lebih 4.1 juta tontonan dengan ramai netizen memberikan kata-kata semangat kepadanya.

“Semoga dapat menjadi motivasi kepada saya untuk selalu bekerja dengan penuh rasa kesyukuran dan kesungguhan,” kata seorang netizen.

Wolipop kemudian menghubungi Nur Halisa dan menurut pelajar sekolah menengah atas di Indonesia itu, dia membuat kerja tersebut kerana ingin membantu kedua-dua ibu bapanya.

“Jadi buruh angkat simen kerana kasihan melihat ibu bapa bekerja. Saya ingin membantu mereka dan bersusah senang bersama mereka.

“Semuanya memerlukan kerja keras dan jangan lupa bersyukur dapat membantu ibu bapa. Kerjanya memang berat, namun hasilnya lebih baik,” katanya. – AGENSI