Sunday, April 24, 2022

Tudia !!!! Balas dendam sambut puasa, Aidilfitri

 


Cara rakyat Malaysia menyambut puasa dan raya tahun ini betul-betul lain macam.

-ADVERTISEMENT-

Dua tahun kena ‘kurung’, disekat merentas negeri setiap kali Aidilfitri membuatkan persiapan Ramadan dan Aidilfitri kali ini seperti ‘balas dendam.

Masakan tidak, bufet Ramadan di hotel-hotel terkenal yang harganya mencecah RM200 seorang laku keras.

Ads by Kiosked

Selain itu, nasi Arab cef terkenal di bazar Ramadan Shah Alam, Selangor pula, pelanggan mula beratur seawal 12 tengah hari walaupun periuk nasi sampai pukul 3 petang.

Tempat-tempat berbuka puasa awam seperti Dataran Putrajaya, Dataran Merdeka dan Padang Majlis Bandaraya Kuantan, Pahang dan Shah Alam penuh dengan lautan manusia.

Seronok dapat berbuka puasa beramai-ramai dengan keluarga dan rakan-rakan. Ada yang sanggup ke situ dengan periuk nasi dan bekas makanan yang dimasak di rumah.

Hebat orang kita sambut Ramadan kali ini. Itu baru sambut puasa, belum lagi bab hendak sambut Aidilfitri.

Butik-butik terkenal di Bangi, Selangor misalnya pelanggan beratur panjang nak masuk membeli pakaian.

Butik belum buka lagi, pelanggan sudah beratur panjang.

Ads by Kiosked

Di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pula tidak kurang hebatnya, ibarat kembali bernyawa sehingga awal pagi.

Tidak kurang juga yang mahu betul-betul bergaya balik kampung apabila sanggup menyewa kereta mewah atau supercar sehingga mencecah ribuan ringgit sehari. Memang raya sakan kita tahun ini.

Ditambah pula dengan Pengeluaran Khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sebanyak RM10,000 ramai juga yang tidak terdesak memohon.

Tahun ini kira berpuasa balas dendam atau beraya sakan, namun jangan lupa Covid-19 masih ada di sekeliling kita.

Basuhlah tangan beberapa kali ketika seharian di pejabat, mandi selepas pulang ke rumah dari mana-mana tempat kita pergi sekalipun.

Perkara itu jangan sesekali kita abaikan, jangan pula sepanjang Ramadan ini kita sakan ke sana ke mari tetapi akhirnya kena kuarantin akibat dijangkiti Covid-19 dalam bilik pada 1 Syawal.