Tak lupa kewajipan, Benzema terus masuk padang selepas 13 minit berbuka puasa
KESIBUKAN di padang tidak menghalang Karim Benzema untuk menjalani ibadah puasa, sama seperti umat Islam yang lain.
Malah, dia juga sempat berpuasa dan berbuka sebelum menyertai pasukannya, Real Madrid dalam perlawanan menentang Chelsea pada Khamis.
Bernzema berbuka puasa terlebih dahulu, 13 minit sebelum perlawanan berlangsung.
Lebih membanggakan, penyerang popular itu juga berjaya menjaringkan hatrik buat pasukannya.
Benzema menjadi bintang kemenangan 3-1 Real Madrid ke atas Chelsea di Stamford Bridge, London, pada Khamis.
Tiga gol itu menjadikan Madrid selangkah ke separuh akhir Liga Juara-Juara.
Musim ini, Benzema ternyata tampil garang bersama Madrid yang mana dia telah menjaringkan 37 gol dalam semua pertandingan, gol terbanyak dalam semusim sejak menyertai Los Blancos pada 2009.
Dalam Liga Juara-Juara sahaja, Benzema telah menjaringkan 11 gol dalam lapan perlawanan.- Detik