Wednesday, May 25, 2022

Tak bawa sejadah sendiri, solat di luar! Jemaah pelik kena halau dari masjid, dah beralih ke endemik Encik OOOi

Tak bawa sejadah sendiri, solat di luar! Jemaah pelik kena halau dari masjid, dah beralih ke endemik masih tak ‘move on’ SOP pandemik

Dakwaan yang dibuat oleh seorang individu meraih perhatian ramai di Facebook.

NIKMAT beribadah di masjid bagaikan 'direntap' apabila wabak Covid-19 mula menular di negara ini pada tahun 2020.

Namun, semuanya perlahan-lahan kembali seperti biasa apabila negara kita baru sahaja memasuki fasa peralihan endemik pada 1 April lalu.

Terbaharu, tular pula rungutan seorang individu yang mendakwa dihalau dari sebuah masjid dan terpaksa menunaikan solat di ruangan luar hanya kerana tidak membawa sejadah sendiri.


"Terima kasih halau kami solat di luar sana. Semoga Allah berikan kesembuhan penyakit pakcik yang ahli syurga sekian tu," tulis individu berkenaan.

Posting yang disertakan gambar masjid itu dikongsi menerusi group Facebook Segamat yang mempunyai lebih 194,000 ahli.

Posting pada Isnin itu turut dihujani pelbagai komen netizen, termasuklah penduduk sekitar serta mereka yang pernah melalui pengalaman serupa.

masjid2

Malaysia sudah memasuki fasa peralihan endemik pada 1 April lalu. (Gambar Hiasan)

"Ha tengok komen dah tahu berapa ramai yang pakcik halau. Dah lama orang sabar. Hari ni orang semua dah luahkan kat komen. Harap ada perubahan. Masjid Kampung J***. Dah endemik dah, berhentilah ulang pasal prosedur operasi standard (SOP).

"Letak sejadah dan pelitup muka depan masjid. Solat Jumaat tu tak payah dah beria periksa suhu isi nama lagi. Semua dah mansuh, tak ada fungsi dah benda tu," tulis seorang lagi individu.

Menurut netizen yang lain, perkara itu sepatutnya boleh dipermudahkan, namun apa yang berlaku seolah-olah menjadi bebanan pula buat jemaah yang hadir.

Kerap kali lihat orang kena halau sebab tak bawa sejadah atau tak pakai pelitup muka. Patutnya dipermudahkan dengan menyediakan sejadah di luar dan sekotak pelitup muka.

NETIZEN

"Sebenarnya kalau tak bawa sejadah pun boleh je solat, tak ada masalah pun. Cuma perasan ada seorang pakcik kat Masjid Kampung J*** ni kalau orang tak bawa sejadah memang dia suruh solat kat luar sedangkan dalam masjid banyak lagi ruang solat dan saf yang perlu dirapatkan.

"Kerap kali lihat orang kena halau sebab tak bawa sejadah atau tak pakai pelitup muka. Patutnya dipermudahkan dengan menyediakan sejadah di luar dan sekotak pelitup muka. Supaya sama-sama dapat mengimarahkan masjid serta mendapat manfaat dan pahala Allah.

"Ahli jawatankuasa (AJK) masjid kena kaji balik SOP masjid di fasa endemik ni. Suarakan pada jabatan agama. SOP pelik-pelik ni fasa pandemik boleh la nak pakai, dah endemik ni biarlah rasional sikit," tulis seorang lagi pelayar Facebook.

masjid3

Netizen memberi cadangan agar pihak masjid mempermudahkan urusan jemaah yang hadir. (Gambar Hiasan)

Bagaimanapun, ada beberapa jemaah tampil berkongsi pengalaman berbeza dan mengakui tidak berdepan sebarang masalah dengan pelaksanaan SOP di masjid tersebut.

"Hari tu datang dengan anak, ingat nak kongsi satu sejadah je. Ada pakcik tegur, suruh ambil sejadah dalam kabinet tepi tu. Alhamdulillah. Life goes on.

"Baru dua hari lepas berjemaah waktu Maghrib di masjid Kampung J*** ni. Okey je, mask pakai macam biasa, cuma tak bawa sejadah. Saf depan sekali, tak ada masalah pun.

"Dah dua tiga kali solat kat sini mostly Maghrib dan Isyak. Ada sekali tak bawa sejadah, tapi saya faham SOP masih lagi mewajibkan membawa sejadah. Maka saya solat di saf pertama ruang luar masjid. Ada juga pakcik-pakcik yang solat di ruang luar tapi mereka okey sahaja," tulis beberapa individu lagi.