Wednesday, May 18, 2022

Tudiaa!! Ibu gemar buat tatu sementara pada bayi dikecam


SHAMEKIA Morris dikecam pengguna di media sosial kerana gemar membuat tatu sementara pada bayi lelakinya, Treylin. – Instagram


WEST PALM BEACH, FLORIDA – Seorang pereka fesyen dari negeri Florida, Amerika Syarikat tular di media sosial kerana gemar membuat tatu sementara pada badan bayi lelakinya, lapor laman Oddity Central, semalam.

Shamekia Morris, 29, dari bandar West Palm Beach mula membuat tatu sementara pada badan anak lelakinya, Treylin ketika dia berusia enam bulan. 

Sejak itu, ia menjadi satu kebiasaan dan gambar anaknya yang bertatu dikongsikan kepada beribu-ribu peminat di media sosial termasuk TikTok dan Instagram. 

Ads by Kiosked

Walaupun kesannya dilihat agak menarik, sesetengah pengguna sebaliknya memanggil Morris sebagai seorang ibu yang tidak bertanggungjawab.

“Saya mendapat banyak maklum balas, mereka berkata bahawa saya membesarkan anak untuk menjadi samseng. Mereka tidak biasa melihat seorang bayi bertatu.

“Kritikan itu amat mengerikan. Ia menyakiti perasaan saya kerana saya tahu saya bukan seorang ibu yang jahat,” jelas Morris.  

Wanita itu tidak bercadang untuk mengubah gaya hidupnya dalam masa terdekat. Dia yakin bahawa dia adalah seorang ibu yang baik kepada Treylin dan tidak bercadang untuk berhenti membuat tatu sementara kepada bayi itu. – Agensi