Saturday, June 25, 2022

Perghh !!! “Tak cukup makan lagi ke kat bandar?” -.Wanita Orang ASli Sekolahkan Orang Bandar..

 

“Tak cukup makan lagi ke kat bandar?” - Wanita Orang Asli sindir peneroka masuk kampung, berang tanah kena ceroboh

Rakaman tular yang dikongsi di TikTok meraih lebih sejuta tontonan.

VIDEO memaparkan seorang wanita Orang Asli yang memarahi seorang lelaki meraih perhatian netizen sejak awal pagi Jumaat.

Difahamkan, wanita itu bersemuka dengan lelaki tersebut yang disyaki datang ke kawasan mereka bersama beberapa individu lain untuk menjalankan kerja-kerja tertentu sehingga menimbulkan kemarahannya.

"Saya tak takut sebab saya tak pergi kacau orang bandar. Tak pergi kacau Datuk. Datuk yang kacau Orang Asli. Tak cukup makan ke lagi Datuk kat bandar?

"Orang Asli cari makan... satu hari nak dapat RM20 pun susah tau. Kalau tak percaya pergi sana tengok rumah. Awak boleh hidup macam Orang Asli tak?

"Tanggal baju awak orang, pakai baju Orang Asli, makan cara kita orang, macam mana? Nak cari makan? Ini nak cari ikan pun dah susah, sebab sebuah (dijadikan) estet. Estet ambil sampai sungai tau.

"Kita sebagai manusia, prihatin la sikit. Saya faham awak orang kerja. Datuk tu memang melampau saya cakap. Kita orang kalau buang kat sini, jangan cakap 1,000 ekar dia nak ambil, orang kampung ni nak pergi mana?


"Saya tanya. Dia nak hantar mana orang kampung? Makan sawit? Ingat Datuk je nak makan, Orang Asli tak payah makan ke? Tak payah hidup?" ujar wanita itu dalam nada berang kepada lelaki yang dipercayai wakil kepada seorang individu berstatus 'Datuk' yang disebutnya.

Menurut wanita itu, dia geram kerana lelaki berkenaan datang ke kampung mereka tanpa memberi notis awal sebagaimana pernah dijanjikan sebelum ini.

"Memang dah geram dah. Hari tu dah cakap baik-baik, dia cakap kalau masuk dia akan beritahu. Tapi tak ada pun. Kita boleh bincang, boleh ikut cara.

Ingat Datuk je nak makan, Orang Asli tak payah makan ke?

WANITA ORANG ASLI

"Dah banyak kali dah, kita orang tunggu... Dia cakap, nanti kalau kita masuk, kita call bagitahu orang kampung, wakil, tapi tak ada pun. Itu masalahnya. Kesabaran kita orang ada tahap tau" ujar wanita itu lagi.

Dalam rakaman itu, kelihatan beberapa lelaki dan wanita, dipercayai penduduk kampung sedang berdiam diri sambil mendengar kata-kata wanita tersebut.

Video yang dikongsi ke laman TikTok itu sehingga kini meraih lebih 1.1 juta tontonan.

Dalam satu lagi video berasingan, turut dikongsi tangkap layar status Facebook seorang individu yang menulis: Dah mula datang buat kerja ukur tanah Orang Asli tanpa pengetahuan orang kampung.

oa3

Tangkap layar video tular itu.

Semakan mStar di ruangan komen mendapati ramai netizen memberi sokongan buat wanita Orang Asli dalam video tular itu.

Malah, netizen turut menyelar pihak-pihak tertentu yang dikatakan rakus menjarah hasil bumi Orang Asli sehingga mengabaikan tanah asal mereka.

"Akak ni Orang Asli tapi bahasa dia sangat sopan. Ayat dia teratur walaupun tengah marah dia masih boleh kawal. Daripada cara cakap macam dia orang yang cerdik pandai.

oa1

Antara komen netizen di TikTok.

"Generasi Orang Asli macam ni yang sepatutnya kena ada pada zaman sekarang, yang berani lantang bersuara demi anak bangsa, terbaik.

"Ya Allah, nak menangis saya dengar macam ni. Tak puas-puas lagi ke dengan kekayaan yang ada? Rasa susah la. Moga Allah bantu suadaraku yang teraniaya.

"Aku sokong akak. Hormati hak Orang Asli Malaysia. Tentang habis-habisan kepada orang yang tamak kekayaan dunia," tulis beberapa netizen.