Wednesday, June 1, 2022

Perghhh Tudia !!! Kesan Koyakan Baharu, Disyaki rogol remaja, pemain bola sepak ditahan

 

Seorang pemain bola sepak tanah air ditahan selepas disyaki merogol seorang remaja. -gambar hiasan

SEORANG pemain bola sepak liga tempatan ditahan bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan seorang remaja perempuan, Ahad lalu.

Perkara itu dimaklumkan oleh pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun pada Selasa.

Muhamad Zaki berkata, suspek yang merupakan lelaki berusia 28 tahun itu ditahan di Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB), di Kota Bharu, Ahad malam.


Tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan yang dibuat oleh mangsa berusia 18 tahun.

"Dalam laporan yang dibuat, mangsa yang juga seorang jurujual kain dan tudung berada di rumahnya di Kampung Kijang, Jalan PCB, keluar dari bilik untuk membuang sampah pada pukul 12.30 tengah hari Ahad lalu.

"Mangsa mendakwa didatangi suspek yang tiba-tiba menolaknya dari belakang sebelum mengheretnya ke katil dalam bilik tidur.

"Mangsa cuba melawan dan menjerit namun tiada ahli keluarga di rumah ketika kejadian dan remaja perempuan itu mendakwa dia dirogol tanpa kerelaan," katanya pada Selasa.

Muhamad Zaki berkata, mangsa sudah dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan hasil pemeriksaan mengesahkan terdapat satu kesan koyakan baharu.

Menurut beliau, suspek direman empat hari bermula Isnin hingga Khamis.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya.