Wednesday, July 27, 2022

Fuh !!! Tudia !!! Wanita ditikam ikan layaran ketika memancing

 

Ikan layaran dikatakan antara spesies ikan terpantas di lautan. – Dino Animals
Share on telegram

TALLAHASSEE, FLORIDA – Seorang wanita di negeri Florida, Amerika Syarikat cedera ditikam seekor ikan layaran ketika keluar memancing di atas bot bersama dua rakannya, lapor laman berita Wion News semalam.

ADVERTISEMENT

Mangsa yang dikenali sebagai Katherine Perkins, 73, diserang oleh ikan layaran seberat 45.35 kilogram  yang tiba-tiba melompat keluar dari permukaan laut.

Pejabat Syerif Daerah Martin menyatakan, paruh runcing ikan itu menembusi pangkal paha mangsa dalam kejadian pada Selasa minggu lalu. 

Ads by Kiosked

Berdasarkan laporan insiden, dua lelaki lain turut berada di atas bot yang sama ketika mangsa menyedari terdapat seekor ikan layaran cuba menyerang bot mereka.

Ikan itu melompat keluar dari permukaan air dan menikam mangsa yang berdiri di bahagian tengah bot.

Sejurus selepas kejadian, kedua-dua rakannya cuba mengawal pendarahan dengan mengenakan tekanan pada bahagian yang cedera.

Mangsa kemudian dibawa ke sebuah hospital, namun keadaannya tidak diketahui. Menurut media tempatan, mangsa memberitahu serangan itu berlaku dengan pantas dan tiada orang lain yang cedera.

Ikan layaran merupakan satu daripada dua spesies ikan laut dalam genus Istiophorus, yang berada dalam kumpulan Istiophoridae.

Memiliki warna biru dan kelabu, ikan bersirip besar itu dikatakan antara spesies terpantas di lautan. – Agensi 

No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..