Saturday, July 16, 2022

Hidung penyampai berita berdarah semasa bersiaran langsung

 

Hidung Huang Xinqi mula keluar darah ketika sedang bersiaran langsung. – Suzhou TV
Share on telegram

BEIJING – Seorang penyampai berita di China tular di negara itu setelah mengalami pendarahan hidung semasa bersiaran langsung, lapor akhbar Mirror UK semalam.

ADVERTISEMENT

Dalam klip video yang tersebar di platform media sosial Weibo, darah kelihatan mengalir keluar dari hidung penyampai berita saluran televisyen Suzhou TV, Huang Xinqi. 

Walaupun darah mengalir hingga ke mulutnya, Xingi terus membaca berita dengan tenang dan langsung tidak gementar, lapor akhbar South China Morning Post.

Ads by Kiosked

Selepas tamat siaran, Xingi berkata, fikirannya ketika itu adalah hanya untuk menyelesaikan tugasnya. 

Netizen di media sosial berbeza pendapat mengenai kejadian itu dengan sebilangan pengguna memuji sikap profesional Xingi.

Pengguna lain pula bertanya mengapa Xingi tidak berhenti untuk mendapatkan pertolongan cemas dan sama ada kejadian itu mempunyai kaitan dengan situasi pekerjaannya.

“Saya tidak melihat sebarang sikap profesionalisme. Adakah sukar untuk kamera memfokuskan rakan sekerja wanitanya? Dia tidak berada di sana sendirian,” komen seorang netizen. – Agensi