Ustazah meninggal saat bacaan tahlil ayat 5 dan 163 al-Baqarah
Seorang ustazah meninggal dunia ketika sedang memimpin program tahlil dan khatam al-Quran di Masjid As Syafiiyah, Jalan Al Barkah, Tebet, Jakarta Selatan, semalam (15 September 2022).
Video kematian Hajah Taslimah tular di media sosial dan stesen televisyen Indonesia. Kejadian itu disahkan pihak pengurusan Masjid Al Barkah As Syafiiyah, Alwy Rasyid.
Menerusi klip video itu, Taslimah itu sedang memimpin bacaan tahlil ayat 1 hingga 5 surah Al-Baqarah.
Ketika bacaan Tahlil pada ayat 163 surah sama, suara Taslimah mulai lemah.
Beliau yang sedang duduk di sebelah jemaah lain tiba-tiba terjatuh ke belakang menyebabkan mereka yang mengikuti program itu berusaha membantunya.
Alwy Rasyid mengesahkan Taslimah meninggal dunia ketika memimpin khatam al-Quran pada Khamis (15 September).
“Taslimah meninggal pagi Khamis 7.30 pagi. Arwah bertugas membaca al-Quran dan tahlil lengkap. Ketika membaca sepotong ayat, suaranya mula lemah tetapi dia terus mencuba,” kata Alwy kepada CNN Indonesia.
Alwy memberitahu, Taslimah adalah salah seorang ustazah yang sering ditugaskan memimpin bacaan doa dan mengaji di masjid.
Dia menyifatkan Taslimah sebagai individu yang pendiam dan sopan.
Ayat 5 surah Al-Baqarah bermaksud: “Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhannya. Merekalah orang orang yang beruntung.”
Ayat 163 pula bermaksud: “Dan Tuhan kalian adalah Tuhan Yang Maha Esa. Tiada Tuhan yang layak disembah kecuali Dia yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.”
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..