Thursday, September 15, 2022

Ejen kosmetik diculik lelaki bersenjata mungkin dibawa ke Siam

 

Rosnazirah didakwa diculik.
Share on telegram

TUMPAT – Keluarga kepada seorang ejen jualan barangan kosmetik, Rosnazirah Mohd. Naim, 36, yang disyaki diculik dalam kejadian di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu di sini semalam tidak menolak kemungkinan wanita itu dibawa ke Thailand.

Seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata, dakwaan tersebut berasas selepas kereta yang digunakan oleh kumpulan lelaki berkenaan ditemui berhampiran kawasan sebuah pangkalan haram di Sungai Golok dekat Pengkalan Kubor di sini.

“Tiada sebarang maklumat terbaru yang diterima oleh kami sebagai ahli keluarga.

“Saya berharap semua dapat mendoakan keselamatan Rosnazirah agar dia dapat ditemui dengan selamat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Kosmo! Online hari ini melaporkan, seorang wanita dipercayai ejen kosmetik hilang selepas dipercayai diculik sekumpulan lelaki di rumahnya di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.10 petang itu, mangsa disyaki dibawa lari dengan menaiki kereta jenis Toyota Vios.

Suspek yang terlibat dalam kes itu juga dipercayai menggunakan senjata semasa membawa lari mangsa terus ke arah Wakaf Bharu di sini.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dollah berkata, pihaknya menerima laporan dan mengesahkan kejadian tersebut. – KOSMO! ONLINE


No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..