Tuesday, October 11, 2022

Asyik ‘berpesta liar’, penghuni pusat jagaan warga emas terkena serangan jantung

 

Asyik ‘berpesta liar’, penghuni pusat jagaan warga emas terkena serangan jantung

CARTAGENA, COLOMBIA – Sebuah  ‘parti liar’ yang diadakan di pusat jagaan warga emas di Colombia bertukar  cemas apabila seorang penghuni mengalami serangan jantung ketika asyik menari bersama tiga penari separuh bogel, lapor portal berita MailOnline semalam.

Berdasarkan video yang dikongsikan di laman Instagram oleh seorang pesohor media sosial dikenali sebagai Nadia Cartagena, seorang wanita berpakaian seksi pada awalnya dilihat menari di hadapan beberapa penghuni lelaki di Yayasan Una Mano Amiga.

Kumpulan  penari turut membantu memberikan makanan kepada penghuni termasuk menyuap warga emas di situ dengan pelbagai makanan.

ADVERTISEMENT
Ads by

Ads by Kiosked

Bagaimanapun, parti yang pada awalnya diadakan bagi menyuntik kesedaran mengenai kepentingan menjaga warga emas akhirnya bertukar cemas apabila seorang penghuni mula memegang dadanya dan rebah ketika sedang menari.

Penari yang ada kemudian berlari mendapatkan air dan memberikan minuman kepada wanita berkenaan bagi menenangkannya sebelum ambulans tiba di tempat kejadian.

Petugas kecemasan kemudian membawa penghuni tersebut menaiki ambulans dengan dibantu kumpulan  penari tersebut.

Nadia yang memuat naik video itu pada 27 September lalu kemudian membuat permohonan maaf di akaun media sosial miliknya.

“Hari ini, saya menganjurkan parti liar di rumah jagaan warga emas dan berlakunya satu insiden yang tidak dijangka. Saya memohon maaf, saya hanya mahu menggembirakan mereka dan tidak menyangka situasi itu akan berlaku,” katanya.

Video itu bagaimanapun menerima kecaman netizen dengan rata-rata mengecam penganjuran acara seperti itu.

Ads by Kiosked

“Nadia, ia bukan acara yang sesuai dan lihatlah apa yang terjadi. Sangat memalukan dan menyedihkan,” kata seorang pengguna media sosial. 

Bagaimanapun, Nadia kemudian tampil menjelaskan bahawa insiden itu sebenarnya telah dirancang dan bertujuan untuk mendapatkan perhatian pejabat datuk bandar.

Dia memberitahu akhbar El Universal bahawa acara itu dianjurkan bagi memupuk kesedaran mengenai kemiskinan dan kehidupan warga emas yang sering dipinggirkan. – Agensi 

No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..