Sunday, October 30, 2022

Isteri nekad panjat tingkap setelah dilarang suami untuk keluar rumah

 

AO dirakam berpegang pada tingkap rumahnya di tingkat lima bangunan pangsapuri itu. - ANTARA


JAKARTA – Seorang ibu muda di Jakarta, Indonesia nekad memanjat ke luar tingkap pangsapurinya tanpa menggunakan sebarang peralatan keselamatan, lapor laman berita Suara.com.

AO, 22, bernasib baik apabila berjaya diselamatkan oleh penduduk setempat yang menyaksikan kejadian itu. Dia dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kebetulan waktu itu ada ketua rukun tetangga, kami dibantu oleh pengawal keselamatan untuk menyelamatkan wanita itu dan dia tidak mengalami kecederaan,” kata Kepala Satuan Pelaksana UPRS III Rusun Rorotan, Rustiadi UPRS di Jakarta Utara.

ADVERTISEMENT
Ads by

Ads by Kiosked

Menurut Rustiadi, AO sengaja melakukan perbuatan berbahaya itu selepas suaminya, GA, 23, melarangnya keluar rumah supaya dia menjaga anak mereka yang sakit. 

“Kerana dikunci dari luar rumah, si isteri bertindak memanjat tingkap untuk ke kediaman jirannya kerana ingin membeli makanan untuk anaknya,” kata Rustiadi.

Walaupun takut dengan ketinggian, AO tetap cuba keluar namun badannya semakin bergetar apabila berada di luar tingkap. Dia kemudian memilih untuk kekal berpegang pada tingkap besi itu sambil memijak anak tangga.

GA segera meminta penduduk setempat untuk membantu isterinya. AO yang kekal berpegang pada tingkap kemudian ditarik masuk oleh penduduk lain. – Agensi

1 comment:

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..