Monday, October 17, 2022

Tudia !!!! Apa Kes Cikgu Fadli Ni Sehingga Pupular Di Media Sosial

 

Mohd. Fadli ketika mengulas isu yang sedang tular menerusi siaran langsung di Facebook

“Jangan jadikan saya bahan politik” – Cikgu Fadli

PETALING JAYA – “Jika panggil saya untuk bercakap di pentas politik dengan menggunakan isu `viral’ (isu pendidikan) yang berlaku ketika ini, saya memang tidak akan terima”

Demikian kata-kata seorang guru, Mohd. Fadli Mohamed Salleh menerusi siaran langsung di Facebook sebentar tadi.

Menurut Mohd. Fadli, dia membantah keras jika ada pihak mahu mengambil kesempatan di atas perkara yang sedang tular membabitkan isu dibangkitkannya.

ADVERTISEMENT
Ads by

Ads by Kiosked

Dia malah menegaskan tidak akan berkerjasama dengan pihak tertentu terutama parti politik dalam mendepani Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Saya dari dulu tidak pernah aktif dalam dunia politik, tidak pernah terlibat sebagai ahli mana-mana parti dan tidak berminat. Saya hanya jalankan tanggungjawab seorang rakyat sebagai pengundi setiap kali tiba musim mengundi,” katanya.

Terdahulu, Mohd. Fadli mendakwa akan dikenakan tindakan buang kerja atau diturunkan pangkat kerana alasan menyuarakan isu kepada pejabat pendidikan daerah (PPD) membabitkan sistem pendidikan, beg sekolah, silibus subjek, masa belajar dan bilangan murid di dalam kelas.

Sehubungan itu, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin meluahkan hasrat mahu berjumpa guru berkenaan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkara yang di bangkitkan. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..