PETALING JAYA – Selepas hampir sembilan bulan berteka-teki, pengacara sensasi Neelofa akhirnya mendedahkan wajah comel anak sulungnya Muhammad Bilal.
Neelofa menerusi Instagram miliknya pada malam Rabu meluahkan rasa sedih dan tergores melihat anak lelaki kesayangannya itu disakiti.
“Cinta dan sayang pada anakku Bilal Antara kecintaan tertinggi dan teragung ummi dalam hidup ini.
“Tiada yang lebih menyayatkan hati selain anak ummi ini disakiti, pasti semua ibu kasih dan cinta kan anak mereka apatah lagi sewaktu mereka kecil,” tulisnya.
Tambah Neelofa lagi, kehadiran Bilal dalam hidupnya merupakan hadiah paling indah dan berharga buat dia dan suami Haris Ismail.
“Bilal anak ummi sayang. Allah zahirkan kamu dalam hidup ummi dan abah begitu sempurna.
“Jika kekayaan yang nak dibandingkan maka kaulah yang paling berharga buat ummi dan abah.
“Jika keselesaan yang ditaruhkan, tiada taruhan yang dapat dibandingkan dengan senyumanmu. Sungguh ini adalah hadiah yang Allah kurniakan dalam hidup ummi menjadi penyejuk mataku.
Neelofa juga menitipkan doa agar anaknya itu menjadi asbab agama Islam tersebar di seluruh dunia.
Terdahulu, wajah bayi yang didakwa sebagai Bilal tersebar apabila seorang pengguna TikTok memuat naik video di laman sosial berkenaan.
Neelofa kemudiannya meluahkan rasa kesal dan tersinggung dengan tindakan individu yang menyebarkan wajah Bilal tanpa kerelaannya.
Malah, pengacara Next To Neelofa ini turut terkilan dan mendakwa individu terbabit telah menyunting foto Bilal sebelum dimuat naik ke laman sosial.
Akibat tindakan itu, pelbagai fitnah dan komen negatif dilemparkan kepada anak lelakinya itu. – KOSMO! ONLINE
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..