PASANGAN yang masih di bawah umur diarak sekeliling kampung oleh penduduk selepas kantoi sedang duduk berdua-duaan di bilik mandi masjid.
Rakaman kejadian dapat dilihat menerusi video tular berdurasi lebih satu minit, menunjukkan seorang penjaga masjid dan penduduk cuba menarik dua remaja itu keluar dari bilik air, dalam kejadian di Desa Bendoharjo, Gabus, Jawa Tengah, Indonesia.
Kedua-dua mereka yang hanya dikenal pasti dengan nama AN dan IF dilihat sedang duduk berdua di dalam bilik mandi masjid, pada Isnin, dipercayai mahu melakukan perbuatan tak senonoh.
AN dilihat keluar dahulu dan terus ditahan, sementara teman lelakinya IF cuba melarikan diri tetapi penduduk sempat memegang tangannya.
Disebabkan kesal dan marah dengan apa yang berlaku, penduduk membogelkan AN dan kemudian diarak mengelilingi kampung.
Pasangan bawah umur ini kemudian dibawa ke balai polis tindakan lanjut.
Mendengar berita penangkapan ini, keluarga pelajar yang masih bersekolah menengah ini terus hadir ke Balai Polis Gabus.
Edi Suyanto, salah seorang jiran IF menjelaskan bahawa IF telah meminta izin orang tuanya mahu keluar sebentar untuk membeli kertas yang diperlukan untuk belajar.
"Namun pihak keluarga terkejut mendapat tahu IF dan AN berada di balai polis kerana ditangkap penduduk ketika hendak melakukan perbuatan keji di bilik mandi masjid,” katanya.
Pelaku bukan merupakan penduduk Desa Bendoharjo dan dipercayai sengaja pergi ke masjid itu yang sunyi. - Kobaran
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..