Perikatan Nasional, BN runding tubuh kerajaan Pahang, Perak
Barisan Nasional (BN) di dua negeri akan bergabung dengan Perikatan Nasional bagi membentuk kerajaan negeri yang kukuh dan stabil pasca Pilihan Raya Umum Ke-15, semalam (19 November 2022).
Dalam PRU-15 semalam, Perikatan Nasional Pahang menang 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala BN (16 kerusi) dan Pakatan Harapan (lapan).
Kedudukan BN lebih teruk di Perak apabila hanya menang sembilan kerusi DUN, berbanding Perikatan Nasional (26 kerusi) dan PH (24).
Justeru, di kedua-dua negeri itu, Perikatan Nasional dan BN tidak memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan, sebaliknya jika BN bergabung dengan Perikatan Nasional yang mempunyai lebih banyak kerusi daripada mereka, maka sebuah kerajaan yang kuat dan stabil dapat dibentuk.
Berbeza dengan Perlis, yang tidak menghadapi masalah apabila Perikatan Nasional menyapu bersih 14 daripada 15 kerusi yang dipertandingkan.
Sebaliknya, DUN Pahang negeri yang pernah menjadi kubu kuat BN, kini tergantung apabila Perikatan Nasional dan BN gagal memperoleh majoriti mudah membentuk kerajaan negeri.
Bagaimanapun, sumber menyatakan bahawa BN sedang berunding dengan Perikatan Nasional bagi menubuhkan kerajaan negeri diketuai parti pimpinan Datuk Seri Saifuddin Abdullah di peringkat negeri itu.
Sesi perbincangan dan rundingan sudah dimulakan dan berkemungkinan penggabungan Perikatan Nasional dan BN untuk membentuk kerajaan negeri baharu di Pahang, kata pula penganalisis politik, Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood.
Beliau berkata, senario di peringkat negeri berbeza berbanding Persekutuan kerana ia perlu dilihat daripada konteks yang lebih kecil.
“Di peringkat Persekutuan, kita perhatikan nampaknya banyak perselisihan faham antara Perikatan Nasional dan BN tetapi sentimen di negeri-negeri akan berbeza. Ia perlu dilihat dari konteks tempatan berbanding kepentingan negara.
“Kedua-dua Perikatan Nasional dan BN mungkin tidak memihak untuk menjalinkan kerjasama dengan PH…jadi pertaruhan terbaik untuk membentuk kerajaan baharu Pahang ialah Perikatan Nasional dan BN bergabung bagi mentadbir kerajaan,” katanya memetik laporan BH.
Nik Ahmad Kamal juga berkata, Perikatan Nasional mungkin berminat kepada jawatan Menteri Besar selepas mendapat lebih besar kerusi di berbanding BN.
“Memandangkan Perikatan Nasional dan BN hanya dipisahkan dengan satu kerusi, mungkin ada kemungkinan jawatan Timbalan Menteri Besar diwujudkan. Ini adalah untuk berlaku adil kepada gabungan yang bakal memerintah kerajaan Pahang,” katanya.
Sementara itu, sumber berkata BN akan menyokong Perikatan Nasional membentuk kerajaan negeri Perak yang baharu, dengan beberapa ADUNnya juga akan dilantik sebagai ahli Exco negeri.
Dengan Perikatan Nasional mempunyai kerusi yang lebih banyak daripada BN, pemimpin parti itu sudah pasti akan menjadi Menteri Besar yang baharu.
Umno dah macan jadi parti Pan dah, dah ikut dap
ReplyDeleteKita Generasi 18 akan tibai Umno sampai lenyap nanti
Delete