Perikatan Nasional tetap berbakti kepada rakyat, negara: Hadi Awang
Perikatan Nasional akan terus memberi perkhidmatan kepada rakyat dan berbakti kepada negara, kata Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang.
Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional berkata parti gabungan itu telah berusaha sedaya upaya membentuk Kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.
Sehubungan itu, Abdul Hadi berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu membuktikan sokongan sebenar yang beliau terima.
“Kita telah berusaha sedaya upaya. Seterusnya Perdana Menteri perlu membuktikan sokongan sebenar yang diterima.
“Kepada rakyat, kami akan terus berkhidmat. Kepada negara, kami akan terus berbakti,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.
Terdahulu, Muhyiddin menggesa Ahli Parlimen Tambun Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen bagi menentukan keabsahannya sebagai Perdana Menteri.
Ini kerana, katanya Istana Negara telah mengeluarkan kenyataan bahawa Anwar mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat dan dilantik sebagai Perdana Menteri.
“Demi keyakinan rakyat akan keabsahan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, adalah sewajarnya beliau membuktikan bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat.
“Ini hendaklah dibuktikan melalui proses yang telah ditetapkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat dalam surat bertarikh 20 November 2022, iaitu dengan mengemukakan surat akuan berkanun majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat,” katanya.
Muhyiddin menjelaskan beliau menerima 114 SD Ahli Parlimen yang menyokongnya, iaitu 73 Ahli Parlimen Perikatan Nasional; 22 daripada GPS; GRS (enam); KDM (satu); Barisan Nasional (10) dan Bebas (dua).
Mengulas lanjut, Abdul Hadi mengingatkan kepada rakyat khasnya penyokong Perikatan Nasional bahawa segala yang berlaku telah berlaku, dan pasti ada hikmahnya.
Namun katanya, apa yang penting bagi Perikatan Nasional ialah jujur kepada rakyat, bersabar, dan tetap istiqamah.
“Segala yang berlaku telah berlaku, pasti ada hikmahnya. Yang penting kita jujur kepada rakyat, bersabar, dan tetap istiqamah. Terima kasih kepada rakyat atas sokongan tidak berbelah bahagi,” katanya.
Kemelut pemilihan Perdana Menteri Ke-10 berakhir setelah Anwar diumumkan sebagai pemimpin nombor satu negara sekali gus mengangkat sumpah hari ini.
PM10 boleh tumpukn pada negeri2 pantai barat utk lebih membangun dan maju, negeri pantai timur kedah dan perlis dh ada org yg sngup jaga
ReplyDeleteDah dipilih sbg Wakil Rakyat buatlah kerja…walaupun jd pembangkang…PH puluhan tahun jd pembangkang terus je bekerja utk rakyat tak ada masalah…
ReplyDeleteKanun tanah negara menyatakan adalah menjadi hak negeri setiap hasil negeri yang berada dibumi dan laut negeri masing²,
ReplyDeletemaka adalah sekian lama diketahui umum yg birokrat persekutuan tidak menghormati kedaulatan negeri² yang menyertai persekutuan maka dizaman kesedaran generasi muda ini maka hendaklah birokrat pentadbiran persekutuan menghormati kedaulatan negeri² yg menyertai persekutuan samada Sabah & Serawak dan juga Negeri² Melayu Tidak Bersekutu aka Bebas Berdaulat Bersendirian maka oleh itu sebarang peraturan yg konflik dengan Perjanjian Penyertaan dalam persekutuan yg di sebut jelas mengikut Undang² yg menunjukkan kedaulatan negeri² maka hendaklah dihapus.
Pru15 sekali lagi menunjukan bahawa orang Melayu mempunyai semangat perjuangan asal setiap pendekar pejuang tanahpusaka sejak sebelum kerajaan Melaka lagi.
Dan adalah menjadi suatu catatan sejarah yg penting bagi sejarawan yg mana penyebab kejatuhan Melaka adalah disebabkan kerjasama pembesar penjenayah yg dipenjarakan berkomplot dengan Portugis serta bersekutu dengan penjenayah yg bakal dipenjarakan yg telah bukan sahaja telah memberikan maklumat penting tentang pertahanan kesultanan Melaka malah telah merekacipta pelbagai fitnah yg mengelirukan rakyat melaka.
Sejarah juga menunjukkan paksi kekuasaan iaitu Raja² Melayu yg tidak tunduk dengan arus penjajahan di Pahang dan Terengganu ditukar kepada dinasti baru dimana kisah dinasti lama bagai hilang terus dari catatan sejarah walaupun diketahui keberadaan mereka suatu masa dulu, contohnya Dinasti baru Terengganu bermula diawal tahun 1800 dengan "campurtangan" Johor yg telah "memansuhkan" dinasti lama sewaktu kesultanan lama itu berada dlm situasi lemah.
Umum mengetahui yg "Batu Bersurat, Megat Panji Alam, Khatib Siput adalah kisah sejarah yg berada sewaktu dinasti lama dan pemberian "ufti bunga emas" dan kemasukan inggris ditrengganu adalah dizaman dinasti baru.
Juga adalah maklum bagi orang melayu adalah pahlawan² melayu menentang penjajah berkumpul diterengganu samada TokGajah, Matkilau dsb.
Itu skesta sejarah dulu ya...
Bagi yg punya masa mengkajinya pasti akan mengetahui lebih banyak lagi yg tak terungkap.