Pihak berkuasa di Sabah akan menurunkan papan iklan ‘poster boy’ Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana didakwa melanggar peraturan kempen semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Tindakan menurunkan poster yang menggunakan gambar Naib Presiden UMNO tersebut disebabkan ia melanggar peraturan kempen Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas aduan dibuat calon DAP bagi kerusi Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin.
“Saya terjumpa papan iklan di walkabout saya di Bandaran Berjaya. Partinya tidak bertanding di kawasan ini dan mengikut peraturan, tidak boleh diletakkan,” kata penyandang kerusi Kota Kinabalu itu menurut laporan MalayMail.
“Mungkin dia lupa BN tidak bertanding di mana-mana. Saya berasa agak sedih kerana menurunkan posternya tetapi ini bukan Lord of the Rings lagi dengan hanya satu cincin boleh memerintah semua,” katanya merujuk kepada siri filem fantasi popular itu.
BN tidak bertanding secara langsung di kerusi itu dan diwakili melalui pakatan pilihan raya BN-Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang telah meletakkan calon Parti Bersatu Sabah, Yee Tsai Yiew untuk mencabar Chan.
Selain itu, SPR juga hanya membenarkan gambar calon yang diterima dipaparkan dalam bahan kempen pilihan raya di kawasan yang dipertandingkan
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..