Saturday, November 12, 2022

[V] “Ustaz tahu tak sakit kena rodok tu macam mana?” - Ustazah Siti Afifah selar UAI, kecewa tak bela maruah wanita

 

[V] “Ustaz tahu tak sakit kena rodok tu macam mana?” - Ustazah Siti Afifah selar UAI, kecewa tak bela maruah wanita

Percanggahan pendapat dapat dilihat dalam isu aurat wanita bersalin.

PENJELASAN pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus tentang hukum doktor lelaki menyambut kelahiran bayi nampaknya tidak terhenti begitu saja.

Ini kerana hujah berkaitan isu darurat dalam soal perubatan tidak diterima pendakwah bebas dikenali sebagai Ustazah Siti Afifah, iaitu individu yang melabel para suami dayus kerana membiarkan isteri mereka bersalin dengan doktor lelaki.

Malah Siti Afifah menyelar Ustaz Azhar Idrus kerana tidak memahami isu yang dibangkitkan kerana tidak pernah merasai pengalaman mengandung dan bersalin.

“Ramai yang keliru tentang darurat ini. Ustazah adalah seorang wanita yang mengalami pengalaman mengandung, beranak dan bersalin.

"Ini masalah wanita tau ustaz. Yang meletakkan tanda-tanda lelaki dayus ini Allah SWT. Mungkin ustaz terlepas pandang.

"Ustaz pernah ke duduk di tempat wanita yang bersalin? Pernah ke ustaz merasai sakit beranak itu?," soal Siti Afifah bagi membidas kenyataan Ustaz Azhar Idrus.

Video kenyataan Siti Afifah itu tular selepas ia dikongsikan di TikTok @m_hafizek.


Tidak cukup dengan itu, Siti Afifah seterusnya bertanyakan kepada Ustaz Azhar Idrus mengenai perjuangannya sebagai ulama dalam mendidik masyarakat.

"Mana jiwa kamu sebagai seorang ustaz dan ulama, benda ini adalah maruah seorang wanita.

"Jangan nak mudahkan hukum terus kata ni halal atau haram. Maruah wanita ni.

“Pergi ke ahli Fiqh, mereka akan kata halal, haram, harus. Macam itulah," katanya dalam nada sinis.

Apa usaha Ustaz sebagai ulama mempertahankan maruah wanita yang suaminya di luar kemampuan?

Siti Afifah Shabudin

Menerusi video sama Siti Afifah seterusnya memberikan tekanan kepada Ustaz Azhar Idrus untuk berbuat sesuatu tentang isu aurat wanita bersalin.

"Jadi di sini ustazah nak tanya, apa usaha ustaz sebagai ulama dalam mempertahankan maruah wanita yang suaminya di luar kemampuan?

"Apa usaha ustaz yang mempunyai pengikut yang ramai, yang mempunyai pengaruh yang besar?

"Kami wanita tidak reda dijadikan bahan uji kaji," tegas Siti Afifah.

Isu aurat wanita ketika melahirkan bayi telah lama menjadi topik perbincangan. Gambar hiasan.

Tegas Siti Afifah lagi, dia yang mewakili kaum wanita juga tidak sanggup dijadikan bahan uji kaji serta ‘modal’ pembelajaran doktor pelatih.

"Ustaz tahu tak sakit kena rodok dekat bawah tu macam mana?

"Ustaz tahu tak cara mereka (doktor lelaki) rodok itu macam mana? Ustaz tahu tak tangan lelaki ini macam mana?

"Belum lagi kalau tangan bukan Muslim yang masuk. Bukan seorang dua yang masukkan tangan tetapi ramai," demikian dakwa Siti Afifah.r

2 comments:

  1. Saya pernah tengok isteri saya bersalin, doktor & nurse² wanita, tapi maaf ya tak ada pula hal "merodok" tangan tu, yg berlaku adalah menyambut kelahiran.
    Saya juga tak pernah tahu hal orang lain dak tak tahu sekiranya apa yg dimaksudkan dengan "merodok" oleh ustazah diatas sebab kalau mengikut pengertian kefahaman saya merodok tu bemaksud "menusuk kedalam secara kasar".

    Saya bersetuju bahawa adalah seharusnya doktor perempuan yg melakukan kerja kebidanan ini dan adalah sayugia juga maklum dizaman yg mana kebanyakan wanita bersalin dirumah dahulu kerja² kebidanan dipraktiskan oleh mak² bidan bukan pak² bidan.
    Pada pandangan saya adalah menjadi tanggungjawab pehak kerajaan menyediakan doktor² perbidanan wanita bagi mengcukupi keperluan ehwal perbidanan dimana ianya bukan sahaja melibatkan faktor² berkait syarak bahkan juga ianya sememangnya merupakan amalan tradisi masyarakat Melayu dalam hal berkenaan.
    Saya tidak fikir yg Malaysia kekurangan tenaga sesuai untuk dilatih bagi menjawat dalam profesen tersebut.
    sekian tk.

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya aku tgk ramai golongan2 tertentu mencipta isu yg bikin sensasi... supaya org mengenalininya kemudian hari. Selepas itu dia akan ada pengikut berpuluh2 ribu. Rasa jakim pun dah faham dulu lg.. darurat.. aku tgk isteri bersalin.. takde pulak doktor dgn misi buat mcm buat mcm show masa anak aku keluar.. ustazah ni tak boleh jd mengajar agama.. cara dia semua org kena ikut ckp dia. Ustaz izhar jawab patut dia senyap.. dia rasa ilmu dia lg tinggi dr ustaz azhar dan jakim..

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..