Dengan jumlah 31 kerusi yang dimenangi Bersatu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), 19 November 2022 lalu, memperlihatkan bahawa parti itu kini lebih besar daripada UMNO yang hanya memperoleh 26 kerusi, sekali gus menunjukkan ia mewakili suara bangsa Melayu.
Oleh itu, Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan berpendapat parti itu mempunyai hak untuk bercakap berkenaan agenda Bumiputera, integriti, kerajaan bersih dan kemajuan orang Melayu-Islam, berbanding UMNO yang kini telah hilang legitimasi.
“Parti yang ada hak untuk bercakap tentang agenda Bumiputera, dipercayai oleh rakyat bagi membawa agenda integriti, kerajaan bersih, kemajuan Bumiputera orang Melayu-Islam adalah Bersatu.
“UMNO telah hilang legitimasi. Ditambah lagi bersekongkol dengan Pakatan Harapan (PH), dengan DAP sebuah parti yang kita tahu amat berbeza daripada apa yang dipegang oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN).
“Saya tak tahu mana orang UMNO nak letak muka, terutama di sebelah Pulau Pinang.
“Bagi saya kalau sekiranya ada lagi mereka yang bersemangat untuk mempertahankan agenda Bumiputera, integriti, politik baru untuk orang Melayu, maka sebenarnya tempat untuk mereka dalam Bersatu, bukan dalam UMNO lagi,” katanya dalam wawancara eksklusif dengan Sinar.
Wan Saiful yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor mengulangi pendapat bahawa hakikatnya sekarang ini Bersatu adalah lebih besar daripada UMNO dan BN secara keseluruhannya.
Menjawab soalan beliau berkata: “Saya rasa kita telah menggantikan UMNO pada hari ini di mata orang Melayu.”
Mengulas kejayaan Perikatan Nasional dalam PRU-15 lalu, Wan Saiful berkata semua pihak tidak boleh menafikan keinginan rakyat kepada sebuah kerajaan prihatin, bersih dan berintegriti.
“Sebab itu bagi saya, pandangan yang mengatakan bahawa kita menyaksikan gelombang hijau dan gelombang politik Islam adalah pendapat yang dicipta oleh musuh Perikatan Nasional untuk menakutkan rakyat seolah-olah gabungan ini ada satu kelompok sahaja menyokongnya.
“Tidak logik kalau kita nak kata bahawa hanya orang Islam sahaja menyokong Perikatan. Di Tasek Gelugor sendiri, pengundi Cina dan India mengundi Perikatan Nasional.
“Jadi, kalau nak kata ini gelombang Islam atau gelombang Melayu, bagaimana kita nak rasionalkan sokongan yang kita dapat daripada pengundi bukan Melayu dan bukan Islam.
“Bagi saya, ini adalah satu gelombang masyarakat yang mahukan integriti, pembaharuan, kerajaan yang bersih dan menolak amalan salah guna kuasa,” katanya.agendadaily
kerajaan yg disebut ramai sebagai kerajaan KRS Hoyahoi yg diketuai oleh dap yg dipawahkan kpd pkr yg menjadikan anwar sebagai poster pm mereka dgn sokongan parti pekembar dll tidak samasekali layak untuk bercakap soal melayu lebih² lagi bila pehak media liberal barat telahpun menyiarkan dgn bangganya menyatakan bahawa anwar adalah icon lgbt Mesia.
ReplyDeleteKRS yg adalah singkatan bagi kelengtong, rompak, samun menurut perbualan masyarakat warung adalah merupakan istilah yg menjadi buahmulut masyarakat warung golongan muda melayu bila bersembang santai berkait isu hohoyahoi yg sedang hangat diperkatakan diseluruh negara sekarang kata mereka.
Sekiranya ini adalah benar maka sudah pasti ianya mempunyai banyak kemunkinanb dimasa akan datang.