Menteri Ekonomi hanya ulas isu gemuk? Sudah takut Zahid kah?
Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli muncul semula selepas beberapa hari berdiam diri setelah dilantik Menteri Ekonomi dalam Kabinet ‘reformasi’ Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang turut dianggotai individu yang berdepan pertuduhan jenayah, termasuk rasuah.
Namun, setelah berkawan dengan pihak yang sebelum ini beliau sendiri kata perompak wang rakyat, Rafizi hanya membuat kenyataan menasihatkan individu yang gemuk supaya menjaga kesihatan.
Rafizi yang sebelum ini banyak menyerang UMNO, terutama Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, langsung tidak mengulas mengenai pelantikan Presiden UMNO itu sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM).
Sebaliknya Rafizi – individu yang sebelum ini disifatkan hanya membuat kenyataan retorik oleh Ketua Penerangan UMNO Isham Jalil – dalam kenyataan hari ini berkata kini adalah masanya untuk kembali kepada rutin kehidupan harian dengan mencari rezeki halal, berbuat yang terbaik dalam semua perkara dan mencari reda Allah.
“Yang kerajaan, yang pembangkang, buat terbaik untuk rakyat. Yang gemuk, sila exercise,” katanya.
Rafizi juga memberitahu bahawa beliau akan berkempen untuk calon Pakatan Harapan (PH) bagi PRU kawasan Parlimen Padang Serai malam esok (Isnin, 5 Disember 2022) jam 9 mlm.
Dalam kenyataan yang dimuat naik di dalam laman Twitternya, Ahli Parlimen Pandan mungkin terlupa untuk mengulas mengenai pelantikan TPM daripada Kluster Mahkamah – satu kedudukan yang lebih tinggi daripada beliau – dalam Kabinet Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Semalam, Rafizi mendedahkan beliau adalah antara individu yang terlibat dalam rundingan pembentukar kerajaan dengan beberapa pihak, termasuk UMNO yang sebelum ini ditentangnya.
“Saya salah seorang yang mewakili PKR/PH merundingkan Kerajaan Perpaduan,” katanya yang sebelum ini menegaskan akan menjadi individu pertama yang menentang jika wujud rundingan kerjasama di antara PKR dan UMNO.
Pada sidang media di Petaling Jaya 1 November lalu, Rafizi dengan jelas berkata bahawa dalam ceramahnya, beliau sering ‘menyerang’ UMNO dan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, justeru, kerjasama antara kedua-dua parti, termasuk jika tanpa membabitkan Zahid tidak mungkin akan berlaku.
“Penyokong PKR serta PH dan pengundi tidak perlu berasa bimbang kerana saya tidak akan menerima perkara (rundingan) ini dan berdiam diri.
“Jika ia berlaku, saya akan menjadi orang pertama yang bersuara, jika berlaku sebarang usaha rundingan dengan UMNO,” katanya yang sebelum ini berkata tidak ada dalam agama Islam yang mengatakan berbohong dibolehkan untuk mendapat kuasa.
“Tak ada dalam budaya kita… dalam agama kita yang mengatakan kamu boleh berbohong demi untuk dapat kuasa… tak ada lagi yang kata bila kau tengok kemungkaran dan rompakan besar-besaran berlaku kamu boleh berbohong di luar kata… saya berpuas hati… semua ok… tak ada,” kata Rafizi dalam satu ceramah.
Untuk rekod, perbicaraan kes rasuah Zahid yang melibatkan dana Yayasan Akalbudi (YAB) ditangguhkan ke Januari tahun depan sementara menunggu rayuan berhubung keputusan kenyataan saksi.
Pada 23 Januari lalu, Hakim Sequerah memerintahkan Zahid membela diri terhadap semua tuduhan itu setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.
Zahid, 69, mula dibicarakan pada 18 November 2019 terhadap 47 pertuduhan iaitu 12 pertuduhan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit milik YAB.Agenda daily
Rafizi tu cerdik skt dr penyokong PN yg ikut membuta tuli
ReplyDeletePN exttreme halal haram x bleh terima perubahan mana baik dan buruk untuk negara.
penyokong ph terutamanya pkr lagi tolol melantun-lantun, asyik ditipu dan dikelentong oleh rafizi aje. esok kereta myvy akan jatuh harga hanya beharga RM25K aje itu janji rafizi
ReplyDelete