Menteri terbabit rasuah akan dipecat, tapi bagaimana dengan Zahid?
Menteri dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) diberi amaran bakal dipecat jika terlibat dalam amalan rasuah.
Amaran tersebut diberikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, ironinya pemimpin kluster mahkamah juga berada dalam barisan Kabinetnya yang diumumkan baru-baru ini.
“Saya sudah bercakap dengan semua ketua-ketua parti komponen, kalau ada kes seperti itu (rasuah) ketika pemerintahan saya. Saya minta pecat serta merta. Saya tidak tolak ansur dan ini bukan soal politik. Ini adalah keyakinan saya.
“Saya telah dihumban ke penjara dan dipukul setengah mati dan sudah lama terseksa dan saya bukan mahu mendabik dada sebab aku menang,” katanya dipetik laporan media hari ini.
Anwar juga memberi jaminan tiada sesiapa mereka akan dilepaskan daripada hukuman sekiranya diputuskan oleh hakim yang bebas dan adil.
Anwar berkata, ini kerana kalau beliau mampu kompromi, beliau sudah menjadi Perdana Menteri bertahun-tahun.
“Kebebasan, profesionalisme badan-badan kerajaan, saya adakan beberapa pertemuan dengan Ketua Polis Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Peguam Negara dan lain-lain yang memberi gesaan yang sama.
“Saya membuktikan bahawa ada orang Melayu, anak Melayu yang gunakan kuasa untuk menjaga dan membela nasib rakyat terbanyak.
“Saya nak buktikan bahawa orang yang percaya kepada Islam itu dihormati, diyakini kerana prinsip rahmah dan keadilan yang ditegakkan,” katanya.
Untuk rekod, Zahid berdepan 47 tuduhan rasuah, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram yang masih dalam perbicaraan di mahkamah ketika ini.
Selain itu, Anwar mendapat sokongan UMNO untuk menjadi Perdana Menteri selepas anak muridnya, Zahid memberi sokongan kepada PH.
Rasuah jika berlaku semasa DSA jd PM...kesalahan2 lampau lain cerita sbb itu dah ada kes mahkamah ..biar mahkamah tentukan...
ReplyDelete