Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
Datuk Seri Shahidan Kassim memberi sindiran sini kepada Ahli Parlimen (MP) UMNO-Barisan Nasional (BN) yang tersisih daripada barisan Kabinet kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) yang diumumkan semalam.
Ahli Parlimen Arau itu yang menggepalai Perikatan Nasional (PN) sehingga menyaksikan UMNO-BN tersungkur di Perlis berkata sedih melihat mereka yang dipinggirkan daripada kerajaan PH-BN tersebut walaupun kuat membodek Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
“Saya sedih orang-orang kanan UMNO/BN dipinggirkan dari Kerajaan Persekutuan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.
Shahidan dalam hantaran tersebut menyenaraikan nama MP UMNO-BN yang nama mereka tidak tersenarai dalam barisan Kabinet diumumkan cikgu Zahid yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim:
Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah
Dato Dr. Noraini Ahmad
Datuk Seri Ahmad Maslan
Dato’ Seri Hishamuddin Hussein
Datuk Seri Johari Abdul Ghani
Datuk Seri Jalaluddin Alias
Datuk Seri Saravanan
Datuk Seri Wee Ka Siong
Datuk Ir Hasni Mohammad
Datuk Seri Bung Moktar
Dato’ Seri Abdul Rahman Mohamad
Dalam hantaran itu lagi, Shahidan mempersoalkan sama ada MP UMNO-BN itu dipermainkan Zahid apabila nama mereka tidak berada dalam barisan Kabinet tersebut dan meminta mereka bersabar.
“Sabarlah wahai sahabat,Hampa kena GAME? Saya sedia menghulurkan tangan ,” ujarnya lagi.
Untuk rekod, Anwar semalam mengumumkan barisan Kabinetnya yang menyaksikan Zahid walaupun berdepan kes mahkamah masih dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM).
UMNO menerima enam portfolio menteri daripada senarai Kabinet diumumkan Anwar semalam dan dua daripadanya adalah calon UMNO yang tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tetapi masih dilantik sebagai Menteri penuh dalam kerajaan.
Sementara itu, tiadak wakil daripada MIC dan MCA yang dilantik dalam kerajaan baharu diumumkan Anwar semalam.
Selain Zahid, turut dilantik adalah Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan (Menteri Pertahanan), Datuk Seri Azalina Othman Said (Menteri di Jabatan Perdana Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi), dan Datuk Seri Khaled Nordin (Menteri Pendidikan Tinggi).
Calon BN Parlimen Kuala Selangor, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz walaupun tewas semasa PRU-15 lalu turut diumumkan sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa. Adendadaily
Tak sedar dah jd pembsngksng kau Shahidan...Rakyat Perlus mmpu ke kau bagi makan...bo luik kata org Cina...
ReplyDeleteShahidan dh jadi lukut tepi gantang tu, tk tau mne nk berpaut. Ni la org tk boleh pakai, ble parti d atas dia mnumpang, ble parti d bwh, dia lari. Apa yg nk d perjuangkan oleh c kitol nih???
ReplyDelete