DUBAI – Seorang pelanggan terkejut menerima bil 31,475 dirham (RM37,147) ketika makan di restoran milik cef terkenal, Salt Bae di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), lapor portal berita Daily Star semalam.
Pelanggan yang dikenali sebagai Mitch itu memuat naik video di TikTok menerusi akaun @mitchthird dan menunjukkan resit 31,475 dirham itu baru-baru ini.
Antara hidangan dalam bil itu termasuk stik Golden Ottoman berharga 3,000 dirham (RM3,540), dua botol wain Bonnes Mares berharga 23,980 dirham (RM28,301) dan satu hirisan avokado 75 dirham (RM88.52)
Mesej di hujung bil yang telah dibulatkan itu juga menjelaskan bahawa caj perkhidmatan tidak disertakan.
Ramai netizen di TikTok terkejut melihat harganya seperti yang dikatakan oleh seorang pengguna: “Saya tidak akan membayar untuk itu walaupun saya kaya.”
Seorang lagi netizen berkata: “Saya akan membawa avokado dan air saya sendiri? Betulkah ia (stik) diperbuat daripada emas?”
Salt Bae atau nama sebenar Nusret Gokce berasal dari Turkiye sebelum ini terkenal dengan hidangan stik bersalut emas di restoran miliknya itu, Nusr-Et. – Agensi
Kalau tengok perinciannya di situ, yang paling mahal ialah wine(arak)nya. Memang biasa dengar wine mahal ni, tapi tak tahulah jenama yang disebutkan atau tidak. Tak pernah minum.
ReplyDelete