Lawatan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu ke India untuk mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi kenaikan harga telur ayam menerima kritikan MCA.
Presidennya, Datuk Seri Wee Ka Siong mempersoalkan keperluan lawatan Mohamad atau dikenali sebagai Mat Sabu ke India baru-baru ini hanya kerana semata-mata untuk melihat sama ada telur dari negara tersebut boleh diimport ke Malaysia.
“Abang Mat, jauh jelajah?! Perlu ke India tengok telur ke?
“Saya cadangkan datang ke kawasan saya parlimen Ayer Hitam. Yong Peng ada lebih 100 ladang ayam dan di sinilah tempat paling popular menghasilkan telur untuk pasaran tempatan dan juga berjuta biji telur dieksport ke Singapura setiap hari,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.
Terdahulu, media melaporkan Mat Sabu mengadakan lawatan kerja ke ladang pengeluaran telur di Tamil Nadu, India untuk melihat sendiri proses pengeluaran telur yang diimport ke Malaysia.
Ka Siong mendakwa penternak tempatan kerugian berikutan kos pengeluaran lebih tinggi berbanding harga telur yang dijual iaitu 41 sen sebiji akibat kawalan harga.
Sebaliknya, Ka Siong mencadangkan harga telur tempatan dinaikkan sama seperti telur yang diimport dari India, yang berharga 51 sen sebiji.
“Abang Mat, apa kata harga kawalan diubah? Saya rasa kalau harga kawalan ditetapkan RM0.50 sebiji (sama macam harga telur import dari India), mungkin penternak tempatan sanggup bela kerana mereka tak akan rugi.
“Kalau kerajaan mampu dan bersungguh nak bantu golongan B40, boleh wujudkan “elaun telur secara top up” kepada golongan B40 untuk menanggung bebanan kewangan iaitu selisih harga RM0.09 (RM0.50-RM0.41) sebiji,” katanya.
Ka Siong menambah, tiada keperluan untuk mengimport telur dari India sekiranya bekalan telur tempatan mencukupi.
Pada Disember tahun lalu, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengumumkan langkah mengimport telur dari India sebagai langkah jangka pendek untuk memastikan bekalan mencukupi di negara ini pada harga yang kompetitif.
Ini susulan pengguna menghadapi kesukaran mendapatkan telur di beberapa negeri.
Laporan portal BH sebelum ini mendedahkan telur dari India itu akan diimport melalui jalan laut bagi menurunkan harga dan bersaing dengan harga telur tempatan.
Beliau juga mengatakan kontena penghawa dingin disediakan bagi memastikan kualiti telur dalam keadaan baik.
Bagaimanapun Ka Siong mempersoalkan kesegaran telur import berkenaan memandangkan pengangkutan laut dari India akan mengambil masa tiga hingga empat minggu.Agendadaily
Masa pegang kerajaan tak ada pun cadangan mcm tu. Dah tak jadi menteri mcm2 cadangan nak bagi
ReplyDeleteBang mat buatlah yg terbaik.
ReplyDeleteMmg. GILA betul Menteri Pertanian Sabu GILA ni! TELUR2 terus diEKSPOT ke luar Negara walau bekalan utk. RAKYAT sendiri tak cukup -lepas tu IMPOT telur2 dr. INDIA -yg. disyaki TAK halal sbb. TAK tahu apa benda diberi makan Ayam2 tu! Ini SABOTAJ ind. HALAL!
ReplyDeletehttps://mykmu.net/2023/01/09/presiden-mca-kritik-mat-sabu-tak-perlu-sampai-india-cari-telur-datang-air-hitam-ada-telur/
@ Twit - MelayuKeris32; Ttok - alammelayu32
Isu harga DAGING BABI mahal utk. KAPIR2 ke KABINET - tapi isu DAGING2 Ayam/Lembu HALAL utk. ISLAM/UMATnya yg. MAHAL diPERLEKEH oleh MENTERI2 Bangkai2 rej.2 Anwar PARIAH homoh-PKR/Kapir2 DAP - yg. buat LAWAK jijik jgn. beli Ayam @ sbb. makanan Ayam mahal!
Deletehttp://politikputramerdeka.blogspot.com/2023/01/who-let-dogs-out.html?m=1
Tolo eksport berlaku masa zaman PN. Penternak eksport ke luar negara kerana waktu itu nilai RM jatuh, mengeksport lebih menguntungkan penternak. Mengimport telur hanya langkah sementara utk menstabilkan penawaran dan permintaan. Kalau nak komen, buatlah rujukan dan bacaan, bukan pakai hentam supaya tak adalah nampak macam tak sekolah dan meroyan tak tentu pasal
DeleteTelur dah cokop jommlohhhh
ReplyDeleteMantap mat sabu.. ada effort, tak macam pnbest byk bunyi je.. time ada kuasa dok bela kartel..
ReplyDelete