Bersatu Bahagian Rembau menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat akaun dan sumber perbelanjaan Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN) ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.
Ketua Bahagian Bersatu Rembau, Nazree Yunus berkata siasatan itu perlu dilakukan berdasarkan dakwaan dibuat penulis blog, Raja Petra Kamarudin melalui video di Facebooknya yang tular baru-baru ini.
Katanya berdasarkan video tular, Raja Petra memaklumkan bahawa kepimpinan PH dan BN mempunyai kewangan yang luar biasa dan berbelanja secara luar biasa dalam kempen pilihan raya umum yang lalu.
Menurut Nazree, Raja Petra memaklumkan bahawa BN berbelanja sehingga RM6 juta dan PH (RM10 juta) bagi satu kerusi Parlimen.
“Ini bermakna anggaran jumlah perbelanjaan yang didakwa adalah mungkin boleh mencecah lebih daripada RM 1.5 bilion,” katanya dalam kenyataan hari ini sambil menyiarkan pautan dakwaan yang disiarkan kelmarin (4 Februari).
Justeru, katanya Bersatu Rembau menyarankan agar perkara ini tidak dipandang remeh oleh agensi pihak berkuasa dalam menyiasat secara telus dan adil.
Nazree berkata Bersatu terbuka dan telah pun memberikan kerjasama kepada SPRM dalam isu siasatan kononnya berlaku penyelewengan RM600 bilion dan kemudian diturunkan menjadi RM92.5 bilion hingga menjadi RM300 juta, seperti yang dituduh oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Oleh itu, Bersatu Rembau menggesa agar PH (DAP, PKR, Amanah) dan UMNO untuk memperjelas serta mendedahkan sumber dan akaun perbelanjaan yang dikatakan ‘luar biasa’ yang dibelanjakan sewaktu PRU-15,” katanya.Agendadaily
SPRM tak akan ambil kira fitnah penulis upahan. Skrg upah RPK dibayar oleh PN agaknya. Setakat 1, 2, 3 juta tak da hal punya. Sorry RPK hang tak boleh saman aku kerana hang tak berani jejak kaki di tanah air ku tercinta.... kesian
ReplyDeleteMgkin benar. Pendirian bergantung kepada upah.
DeleteSeorang pencuri amatur belanja sakan tanpa sorok2 punca dia senang dikesan. Macam juga cerita satu parti politik tu belanja sakan masa PRU15. Macam mana orang tak suspicious
ReplyDeleteBenar. Yg dahulunya meraih simpati dgn tin milo skrg mampu 'bersedekah' sakan dgn lafaz sumpah.
DeleteSaranan Ketua Bahagian Bersatu Rembau supaya SPRM juga menyiasat parti PH (PKR, Dap dan Amanah) dan BN (UmNoo, MCA dan MIC) adalah wajar bagi orang yang sihat akalnya. SPRM perlu jalankan tanggungjawab dengan amanah dan adil tanpa memilih parti. Ketua SPRM jangan takut diugut oleh orang politik kecuali anda juga ada melakukan kesalahan. Rakyat memerahati kamu!!!!!
ReplyDeleteBuatlah laporan dgn segala bukti yg ada. Dulu hanya ada rm800k. Tak sampai 2 tahun jadi KERAjaan gagalkrasi dah mampu dpt rm300juta. Belum lagi jumlah yg pernah dibelanja dan yg ada dalam bilik tidur.
DeleteSyukur rumah tak digeledah spt apa yg dilakukan oleh atok.
Kalau tidak ada yg mati terkejut.
Dulu aku boleh terima penulisan rpk. Skrg rasa dia dah mcm penulis upahan spt kebanyakan pendapat. Tak kukuh dgn pendirian.Kalau menulis tanpa menyebelahi mana2 pihak. Respek lah....akan diterima.
ReplyDeleteMgkin utk kekal hidup di kota yg memerlukan perbelanjaan yg besar perlu berfikir juga dgn periuk nasi. Siapa dapat beri ganjaran atau laba maka perlulah diutamakan.
Jilat sampai licin....
Parti bermula dgn wang dalam akaun hanya rm800k. Jadi pemerintah tak sampai 2 tahun dah ada rm300juta dalam akaun. Yang pernah dan telah digunakan?
ReplyDeleteSuaram pernah mempersoalkan biaya parti PH yg diberikan oleh NED Soros sejak lama, berita ini mcm tidak diambil kisah oleh sprm sedangkan NED itu berada dibawah seliaan kerajaan Amarika berfungsi semacam CIA tapi berperanan secara berbeza
ReplyDeleteLaporan ini memang terdapat dlm berita suaram, the star dan lain²,
Kenapa yer sprm berdiam diri dlm soal ini, adakah tangan mereka terikat bila ianya membabitkan CIA dan NED?
Terima kasih Uncle RPK,
ReplyDelete