Monday, February 13, 2023

Kedai jual daging anjing dan kucing diserbu

 


Cawangan ditutup itu adalah kedai yang diserbu pihak berkuasa Hong Kong. - Jeli Tse


HONG KONG – Pihak berkuasa Hong Kong menyerbu sebuah kedai yang disyaki menjual daging anjing dan kucing sebagai makanan, lebih 70 tahun selepas penjualan itu diharamkan, lapor stesen penyiaran CNN semalam.

Pegawai merampas sampel yang disyaki daging haiwan tersebut di sebuah kedai di daerah Yau Ma Tei semasa operasi bersama oleh Jabatan Pertanian, Perikanan dan Pemuliharaan (AFCD) serta Jabatan Makanan dan Kebersihan Alam Sekitar pada petang Khamis lalu.

AFCD melakukan serbuan selepas pihaknya menerima laporan bahawa daging itu dijual di Yau Ma Tei, sebuah daerah komersial dan kediaman yang berpenduduk padat di kawasan Kowloon.

Ads by Kiosked

Laporan media tempatan mendakwa daging beku seekor kucing dijual pada harga sekitar AS$12 (RM51) untuk kira-kira 500 gram, sama dengan harga daging lembu yang dimasak.

AFCD juga menyiasat sama ada kedai itu menjalankan perniagaan daging segar tanpa lesen.

“Pendakwaan akan dimulakan sekiranya ia dibuktikan,” kata AFCD dalam satu kenyataan.

Aktiviti memakan daging anjing dan kucing telah diharamkan di Hong Kong sejak 1950 di bawah undang-undang separa autonomi bandar raya itu. 

Berita terbaharu itu menyebabkan ahli-ahli politik dan peguam bela kebajikan haiwan mendesak usaha penguatkuasaan yang lebih besar.

Seorang ahli parlimen, Gary Chan dalam catatan di Facebook menyifatkan penjualan daging kucing dan anjing sebagai ‘tidak boleh diterima’.

Ads by Kiosked

“Hong Kong telah mengharamkan aktiviti memakan daging kucing dan anjing selama lebih 70 tahun.

“Insiden ini menunjukkan bahawa kekerapan pemeriksaan mengejut oleh agensi penguatkuasaan undang-undang tidak mencukupi,” katanya. – Agensi

No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..