ANKARA – Cef selebriti, Salt Bae berjanji akan menyediakan 5,000 hidangan makanan sehari kepada mangsa gempa bumi kuat di Turkiye, lapor akhbar The Sun semalam.
Dia yang berusia 39 tahun menyifatkan makanannya sebagai ‘perkhidmatan paling penting’ kerana beribu-ribu penduduk hilang tempat tinggal selepas dua gempa bumi kuat melanda negara tersebut dan Syria pada 6 Februari lalu.
Angka kematian akibat bencana itu meningkat lebih 35,000 orang semalam, manakala ribuan masih tertimbus di bawah runtuhan dan masa semakin suntuk untuk mengeluarkan mereka.
Dalam pada itu, cef yang dahagakan publisiti itu pernah diselar kerana telatahnya pada penghujung perlawanan akhir bola sepak Piala Dunia di Emiriyah Arab Bersatu akhir tahun lalu.
Ketika itu, dia dibenarkan masuk ke padang dan berswafoto bersama bintang Argentina, Lionel Messi serta bergambar dengan trofi kejohanan tersebut.
Salt Bae yang nama sebenarnya Nusret Gokce telah mengatur untuk menghantar dapur bergerak ke zon bencana gempa bumi.
Kemusnahan di Turkiye itu adalah akibat gempa bumi kuat berukuran 7.8 pada skala Richter diikuti dengan gempa kedua bermagnitud 7.7. – Agensi
Kesian mereka yg tak bersalah yg terpalit dengan bala, mudah2an mereka tabah menghadapi dugaan.
ReplyDeleteDoa saya agar Syria dibebaskan dari belengu teroris dan jugak pembantu2 mereka serta perancang2 kemelut yg telah ±10 tahun berlangsung,
Erdogan tu kalau masih ada sisa2 iman maka bebaskanlah wilayah Syria yg dia takluki bersama amarika, nato & israel, serta bubarkan seluruh markas latihan teroris tajaan nato di Hatay dan bandar2 lain disempadan Syria/Turki.
Saya pernah kesana dan ramai penduduk disana tidak senang dengan apa yg diperbuat pemerentah turkiye, tapi ye la ada juga yg gembira ambil kesempatan mencari harta dunia,
Bagi mereka yg ingin berfikir cuba lah perhatikan dari video2 petaka ini pasti anda boleh nampak byk kenderaan mewah dsb yg mewah, nak tahu hasil dari mana? Itu hasil bisnes perang wahai anda2 semua, senjata, peluru dsb.
Kalau dilihat kem2 pelarian mereka nak makan pun susah tapi kalau yg tinggak di apartment tu, itu adalah "tetamu khas" kata erdorgan