Saturday, February 11, 2023

Suami mahu lapor polis penghulu minta gambar bogel isteri


Sejumlah penduduk melakukan tunjuk perasaan meminta Suasto Hadiputro Armin meletakkan jawatan di pejabatnya di Desa Ungga, Lombok pada Selasa lalu. - Foto detikBali


LOMBOK – Seorang suami akan membuat laporan polis kerana mendakwa Penghulu Desa Ungga, Suasto Hadiputro Armin meminta gambar bogel isterinya melalui aplikasi WhatsApp, lapor portal berita detikbali semalam. 

Suami berkenaan dikenali sebagai Kariyawan, 49, dan kini menguruskan kepulangan isterinya yang berumur 19 tahun dan bekerja di Arab Saudi.

“Kami sedang urus kepulangan (isterinya) dari Arab Saudi,” ujarnya kepada detikBali melalui WhatsApp semalam.

Bagi membuat laporan polis, dia menyerahkan sepenuhnya kepada peguam bela isterinya yang juga Penyelaras Aliansi Masyarakat Penjaga Kehormatan Perempuan dan Marwah Desa, Apriadi Abdi Negara.

Suasto masih bertugas sebagai penghulu tetapi Kariyawan memintanya meletakkan jawatan. Suasto menafikan meminta gambar bogel tersebut dan menyatakan tuduhan tersebut adalah tidak benar.

Kata Suasto, nombor WhatsApp yang mengandungi permintaan supaya isteri tersebut menghantar gambar bogelnya sudah lama tidak digunakannya.

Berikutan tuduhan tersebut, sejumlah penduduk desa itu melakukan tunjuk perasaan di pejabat Suasto bagi meminta dia meletak jawatan pada Selasa lalu. – Agensi

1 comment:

  1. Dilombok pun polis dari jenis jawa jugak ke?

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..