PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah terkena ‘prank’ apabila menyangkakan gaya rambut seorang lelaki yang ditemui sewaktu baginda berada di Pulau Tioman semalam, sebenarnya adalah topi.
Gelagat Al-Sultan Abdullah yang terhibur selepas ‘tertipu’ dengan lelaki tersebut tular di media sosial, bukan sahaja mengundang gelak tawa orang ramai di lokasi, bahkan pengguna media sosial juga.
Berdasarkan video itu, baginda sedang bertemu dan beramah mesra dengan penduduk serta menyampaikan sumbangan selain sempat menyapa lelaki tersebut yang berada di situ.
“Ini untuk awak, ‘colour’ (warna) rambut balik,” titah baginda sambil ketawa disusuli gelak tawa penduduk.
Kemudian, lelaki itu turut meminta untuk mengambil swafoto bersama Yang di-Pertuan Agong.
“Rambut ke betul ni? Topi? Saya kena tipulah. Bagi duit untuk potong rambut, Allahuakbar. Saya kena tipu, cuba cabut tu (sambil menunjukkan supaya lelaki itu membuka topi),” titah baginda disusuli dengan ketawa.
Tambah menghiburkan apabila baginda menepuk dahi selepas menyedari ‘tertipu’ dengan lelaki itu.
Seterusnya, Al-Sultan Abdullah mengajak lelaki tersebut bergambar bersama.
Terdahulu, baginda berada di Pulau Tioman semalam bagi menyempurnakan majlis perasmian Pusat Bersalin, Klinik Kesihatan Tekek. – KOSMO! ONLINE
Hayya..
ReplyDeletehttps://youtu.be/jhY02GWhZoc
LSC halga sama tapi pelahu suda kasi kulang wooo..
Manyak pandai miaga ini macam wooo.