Sunday, May 14, 2023

Amang seksual anak lelaki: Ibu bakal didakwa bulan ini

 

mk-logo
BERITA
Amang seksual anak lelaki: Ibu bakal didakwa bulan ini

2

Wanita yang ditahan susulan dipercayai melakukan amang seksual fizikal terhadap anak lelakinya yang berusia 14 tahun akan didakwa bulan ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Supt Ramli Kasa berkata siasatan terhadap suspek berusia 33 tahun itu telah dilengkapkan dan pihaknya mendapat arahan untuk menuduh wanita berkenaan.

"Kita akan mengambil tindakan pendakwaan dengan tiga pertuduhan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 selepas tamat reman suspek di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Kuala Selangor dan Dewan Undangan Bukit Melawati di Kuala Selangor, hari ini.

ADS

Media sebelum ini melaporkan seorang wanita direman lima hari bermula 3 Mei bagi membantu siasatan berhubung kes amang seksual fizikal terhadap anak lelakinya berusia 14 tahun.

Wanita itu ditahan di kediamannya di Puncak Alam, Kuala Selangor, pada 2 Mei lepas selepas polis menerima laporan daripada pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang mendapat maklumat mengenai perbuatan itu menerusi sebuah video yang diperoleh daripada individu tidak dikenali.

Reman wanita tersebut disambung selama tiga hari hingga 10 Mei sebelum suspek diserahkan ke IPD Sungai Buloh untuk siasatan kes yang sama.

- Bernama

No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..