Tiada rayuan akan dibuat untuk menyertai UMNO kembali, tegas Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Bekas Ahli Parlimen (MP) Rembau yang dipecat kerana mahu melawan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam pemilihan parti sebelum ini berkata sudah melupakan penganiayaan terhadapnya dan akan jalan terus, malah tidak akan merayu untuk kembali menyertai UMNO.
“We have to move on… kita pun rasa keputusan dah dibuat. Kita pun tak tahu kenapa kita dipecat. Nak minta kita rayu. There is no point,” katanya dalam episod terbaru ‘Keluar Sekejap’.
Dalam pada itu, Khairy juga dilaporkan berkata akan bertemu dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi memuktamadkan keputusan selepas ditawarkan untuk menyertai parti Bersatu baru-baru ini.
Rakannya yang juga bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan juga mahu terus melangkah ke hadapan dan tidak melihat sebarang sebab untuk mereka merayu semula.
Bersetuju dengan kenyataan Khairy, Shahril berkata, tindakan tidak menerima pelawaan itu bukanlah menunjukkan mereka ego.
Menurut Shahril, Zahid boleh melakukan apa sahaja dirasakan terbaik untuk UMNO, bagaimanapun beliau enggan mengikut Ahli Majlis Tertinggi (MT) Datuk Lokman Adam yang kuat mengampu dan diterima semula masuk parti.
“Tak apalah, kita duduk kat luar dan boleh teruskanlah dengan apa yang presiden dan juga kepimpinan UMNO rasa terbaik.
“Saya tak sombong, saya rasa itu adalah pandangan datang daripada kawan tapi pada saya, kamu tak boleh ubah apa yang dah berlaku dan jika mereka nak kita move on, kita akan move dengan senyap dan terhormat,” katanya.
Terdahulu, bekas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Hussein mempersoalkan keikhlasan pelawaan parti untuk menerima kembali mana-mana ahlinya yang dikenakan tindakan disiplin termasuk mereka digantung atau dipecat.
Ia selepas Zahid pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU 2023) berkata MT bersifat terbuka atas saranan perwakilan untuk menerima kembali ahli dikenakan tindakan disiplin sama ada dipecat ataupun digantung oleh parti.
Tak tahu kenapa dipecat...ptuiihhh!!!
ReplyDeleteKo tu mangkuk yg sangat optimis.
Bersama najib ketika bn masih memerintah bukan main jilat.
Kalah pru14 terus ko hentam kaw-kaw najib dalam setiap medium media massa.
Bertanding jawatan presiden umno tapi kalah teruk ko masuk gua.
Bila kuasa Bossku menghangat dlm negara ko masih dalam gua.Koma!
Tebuk atap 1.0 ko diangkat mat sembab jadi pak menteri.
Covid melanda.Buat peraturan flip flop dan cuba kekang mrk yg anti vaksin...perghhh
Kalah pru15.
Kempen kutuk parti secara terbuka yg angkat pelir ko sebelum ini.Biasalah mangkuk nak naik cepat,nak cantas ketua mestilah hebat memburuk aib mereka.
Biasa sangat mainan politik.
Mcm atok yg kalah di Langkawi skrg nak mainkan cerita nasib melayu.22tahun 22 bulan kenapa tak lakukan?
Kepada rakyat sekalian...
Jangan mudah terpedaya kpd mereka yg kononnya bijak berkata2.
Manusia yg kononnya merasakan dia terbaik.Kebiasaannya hanya tongong semata2.
Tengok muka tak nampak langsung nur di muka.Mgkin dah biasa membusukkan org lain.
Ko buatlah parti baru sambil mencermin muka poyo ko tu.
Jika ikhlas mungkin ada rezeki ko.
Dah meluat melihat mamat perasan hebat dan asyik membusukkan org lain utk mengangkat pelirnya sendiri.
Dialah manusia yg menggesa umno menolak kerjasama dengan pas.
DeleteSelepas langkah Sheraton dia sanggup jadi menteri dan bekerjasama dengan pas.