Kuala Lumpur: Empat menteri besar negeri pentadbiran Perikatan Nasional (PN), Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis mengadakan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.
Turut serta ialah Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.
Menteri Besar berkenaan ialah Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (Terengganu); Datuk Nassuruddin Daud (Kelantan); Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor (Kedah) dan Mohd Shukri Ramli (Perlis).
Ahmad Samsuri dalam hantaran di Facebook berkata pertemuan diadakan antara pimpinan empat negeri PN dan pimpinan tertinggi PAS bersama Dr Mahathir bagi membincangkan beberapa perkara.
"Insya-Allah empat negeri berkenaan akan memperkukuhkan kerjasama bagi tujuan meningkatkan tahap sosio ekonomi, peningkatan hasil negeri dan kesejahteraan rakyat.
"Nasihat daripada Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagai negarawan akan kami tekuni dan laksanakan dengan segera," katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.
Geng tungang menunggang demi menyelamatkan tengkuk masing2...hihihi
ReplyDelete22 tahun 22 bulan baru meroyan tentang melayu
Ada kuasa, kencing kepala rakyat
Anak dan kroni cina kaya diutamakan...ptuiihhhh
Yang lain kes sakau REE milik rakyat kedah
Sakaunjana wibawa dan telan wang judi
Ptuiihhhh!!!!
Melayu konon!!!!
Aku tunggang kamu, kamu tunggang aku. Sama2 kaki tunggang. Orang melayu bebal kena tunggang habis oleh puak2 ini
DeleteKenapa marina tak ada dalam kumpulan ini. Dia malu atau kena reject kerana terlalu liberal??!
Delete