Tuesday, November 28, 2023

Menyayat Hati !! [VIDEO] ‘Sabeena maafkan abiy’

 


Tangkap layar video yang memaparkan kejadian yang meragut nyawa bayi tujuh bulan, Wan Sabeena Arisha Wan Shahrizat.

PETALING JAYA – “Sabeena anakku, Sabeena maafkan abiy”.

Itulah jeritan bapa kepada bayi berusia tujuh bulan yang rentung selepas kereta dinaiki terbabas melanggar tiang lampu di Jalan Gua Musang-Kuala Krai, di sini hari ini.

Video rakaman kejadian menyayat hati itu dirakam oleh saksi berdekatan dan dimuat naik di akaun TikTok @aisyputra96.

Kelihatan bapa bayi berkenaan, Wan Shahrizat Azwan Wan Shahril, 28, berlari bersama api di badannya cuba untuk menyelamatkan anaknya, Wan Sabeena Arisha Wan Shahrizat, namun gagal.

“Sabeena Arisha, Sabeena anakku, maafkan abiy,” jerit bapa bayi itu.

Kedengaran ibu, Nur Hasidah Razmi, 25, yang mengalami cedera ringan juga meraung sambil menjerit nama anak tunggal mereka yang tidak dapat diselamatkan.

Menerusi tinjauan di ruangan komen, difahamkan bayi tersebut terperangkap kerana dipasangkan ‘car seat’ (kerusi keselamatan kanak-kanak) sehingga tidak sempat diselamatkan.

“Ayahnya cuba selamatkan bayi dalam ‘car seat’ tetapi tidak sempat sebab terbakar sekali. Menjerit panggil nama anaknya ‘Sabeena Arisha’, Allahuakbar,” komen Samf.

Berdasarkan tinjauan komen juga, bapa bayi berkenaan difahamkan telah pun ditidurkan kerana melecur seluruh badan manakala si ibu masih berada dalam keadaan trauma.

Difahamkan juga, jenazah bayi selamat dikebumikan pukul 4 petang tadi.

“Ayahnya ditidurkan sebab melecur lebih 50 peratus. Ibunya cedera ringan tapi sampai sekarang tidak bercakap, masih trauma. Jenazah bayi selamat dikebumikan pukul 4 lebih tadi,” komen Shela.

Terdahulu, kejadian menyayat hati itu berlaku kira-kira pukul 4.04 pagi membabitkan sebuah kereta Honda Jazz yang terbabas dan melanggar tiang lampu sebelum kenderaan dinaiki tiga beranak itu terbakar.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai Mohd Fadzil Musa berkata, mangsa Wan Sabeena Arisha Wan Shahrizat ditemukan rentung berhampiran kenderaan itu, manakala pemandu yang juga bapa bayi berkenaan, Wan Shahrizat Azwan Wan Shahril, 28, cedera parah akibat melecur seluruh tubuh.

“Mayat bayi berkenaan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya manakala bapa dan ibu mangsa Nur Hasidah Razmi, 25, yang cedera ringan diserahkan kepada pihak hospital untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramYoutube, & TikTok

Sunday, November 26, 2023

Isteri lebih pentingkan rakan online punca dikelar suami

 

Mayat mangsa ditemui berlumuran darah di rumah oleh anak lelakinya. - iStock Images

NEW DELHI – Seorang lelaki di negeri Bengal Barat, India mengelar leher isterinya menggunakan sebilah pisau pemotong sayur kerana berang kerana wanita itu sering mengutamakan rakan-rakan di media sosial.

Stesen penyiaran NDTV melaporkan, lelaki suspek melarikan diri selepas membunuh isterinya, manakala mayat mangsa yang berlumuran darah ditemui oleh anak lelaki mereka selepas dia pulang ke rumah.

Budak lelaki itu berkata, ibunya, Aparna Baidya dan bapanya, Parimal sering bergaduh mengenai perkara tersebut dan bapanya pernah beberapa kali mengugut untuk mengelar leher ibunya.

“Saya pulang ke rumah dan menemui mayat terbaring di sana,” kata budak lelaki itu sambil menambah, dia memberitahu jiran selepas menemui mayat ibunya.

Seorang jiran berkata, Parimal menyerang isterinya menggunakan boti iaitu alat yang digunakan untuk memotong sayur dan daging.

Sumber polis berkata, pasangan itu sering bergaduh kerana aktiviti media sosial Aparna dan beberapa rakan yang dikenali menerusi platform media sosial.

“Kami mengesyaki si suami membunuh mangsa kerana tidak mengizinkan aktiviti media sosialnya,” kata seorang pegawai. – AGENSI


Wednesday, November 22, 2023

Adik Najib, Nazim Razak tular nikah di Bali

 


Muhammed Nazim bersama pasangannya.

PETALING JAYA – Video perkahwinan adik kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Muhammed Nazim Tun Razak yang berlangsung di Bali, Indonesia kembali menghangatkan media sosial.

Difahamkan Muhammed Nazim yang merupakan bekas suami kepada usahawan tudung terkenal, Siti Nurjuma Habib Muhamed itu telah melangsungkan pernikahannya bersama gadis pilihan dari Indonesia pada pada 22 September lalu.

Namun, video pernikahannya bersama pasangan tersebut baru tular di media sosial melalui satu hantaran di TikTok sejak semalam.

Ads by Kiosked

Menerusi satu portal Indonesia, pasangan pilihan Muhamed Nazim itu dikenali sebagai Dr. Dea Tunggaesti merupakan seorang peguam serta ahli politik dari negeri seberang itu.

Dea Tunggaesti didakwa pernah berkahwin sebelum ini dan telah mempunyai dua orang anak bersama bekas suaminya yang terdahulu.

Terdahulu, Muhammed Nazim pernah menggegarkan Malaysia apabila melangsungkan perkahwinan bersama bekas pengacara Nona, Norjuma Habib Mohamed. – KOSMO! ONLINE.