NEW DELHI – Seorang lelaki di negeri Bengal Barat, India mengelar leher isterinya menggunakan sebilah pisau pemotong sayur kerana berang kerana wanita itu sering mengutamakan rakan-rakan di media sosial.
Stesen penyiaran NDTV melaporkan, lelaki suspek melarikan diri selepas membunuh isterinya, manakala mayat mangsa yang berlumuran darah ditemui oleh anak lelaki mereka selepas dia pulang ke rumah.
Budak lelaki itu berkata, ibunya, Aparna Baidya dan bapanya, Parimal sering bergaduh mengenai perkara tersebut dan bapanya pernah beberapa kali mengugut untuk mengelar leher ibunya.
“Saya pulang ke rumah dan menemui mayat terbaring di sana,” kata budak lelaki itu sambil menambah, dia memberitahu jiran selepas menemui mayat ibunya.
Seorang jiran berkata, Parimal menyerang isterinya menggunakan boti iaitu alat yang digunakan untuk memotong sayur dan daging.
Sumber polis berkata, pasangan itu sering bergaduh kerana aktiviti media sosial Aparna dan beberapa rakan yang dikenali menerusi platform media sosial.
“Kami mengesyaki si suami membunuh mangsa kerana tidak mengizinkan aktiviti media sosialnya,” kata seorang pegawai. – AGENSI
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..