GEORGE TOWN – Pendakwah selebriti, Ustaz Azhar Idrus pula didakwa tidak dibenarkan menyampaikan kuliah agama di Pulau Pinang selepas perkara sama berlaku terhadap Ustaz Kazim Elias.
Pendedahan ini dibuat Ketua Penerangan Pas Pulau Pinang, Muhammad Fawwaz Muhammad Jan yang turut mendesak Kerajaan Negeri Pulau Pinang mempertimbangkan semula keputusan penyekatan asatizah itu supaya keharmonian rakyat di negeri ini dipelihara.
Menurutnya, Pas Pulau Pinang mengambil berat isu sekatan terhadap asatizah untuk menyampaikan kuliah di negeri ini yang menggunakan alasan tauliah.
Sedangkan selama ini, jelasnya, masjid dan surau hidup dengan pengimarahan sambil dipantau oleh pihak Jabatan Agama Islam Pulau Pinang.
“Sekatan yang sebenarnya dilihat sangat berunsurkan politik terutamanya daripada pengajar-pengajar yang dikatakan cenderung kepada parti politik pembangkang menggambarkan satu keputusan yang sangat membangkitkan kemarahan rakyat negeri Pulau Pinang.
“Yang terbaru, pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus pula menjadi mangsa ketidakbijakan pencatur politik apabila beliau disekat dari menyampaikan kuliah di tiga lokasi di Pulau Pinang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Oktober lalu, tular video pendakwah bebas, Datuk Mohd. Kazim Elias yang mengesahkan beliau telah menerima arahan tidak dibenarkan lagi memberi kuliah di Pulau Pinang selepas 33 tahun berceramah di negeri itu.
Ucapan beliau itu dipercayai dirakam selepas kuliah terakhir beliau di Masjid Al-Ittifaq Sungai Nibong Kecil, dekat sini hujung Oktober lalu.
Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohamad Abdul Hamid berkata, pihaknya tidak pernah mengeluarkan arahan untuk menghalang individu tertentu menyampaikan kuliah agama di negeri ini.
Sebaliknya, beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam berkata, setiap larangan yang dikeluarkan adalah berdasarkan garis panduan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP). – KOSMO! ONLINE
Itulah kalau ceramah agama dijadikan CERAMAH PARTI.
ReplyDeleteBaguslah. Di Sarawak pun dia tidak diberi tauliah kerana pendidikan agamanya yang tidak diketahui sumbernya.
ReplyDeleteSebab tu la merapu siapa makan keropok lekor masuk neraka dan menerakakan sebahagian orang Islam kerana menuduh mujasimah iaitu menjisimkan Allah sedangkan orang itu menyifatkan Allah seperti mana Allah menyifatkan diri-Nya.
Eloklah kalau ustaz-ustazah merapu macam ni tak dibenarkan!!
Ceramah pun banyak melawak dari memberi ilmu…Anak2 muda suka lawak dan ketawa berdekah2 sedangkan itu kuliah agama
ReplyDelete