BANGKOK – Seorang lelaki menembak isteri dan anaknya selepas mereka mengetahui tentang hubungan sulitnya dengan seorang wanita lain di daerah Song Phi Nong, wilayah Suphan Buri, lapor portal berita Thaiger.
Kedua-dua mangsa dalam keadaan kritikal selepas ditembak oleh lelaki tersebut yang dikenali sebagai Prayoon dan berusia 64 tahun, petang semalam.
Polis menemui Prayoon duduk di dalam rumah mereka dengan sepucuk pistol berada di tangannya sebelum dia ditangkap.
Dia menembak isterinya, Chutima yang berusia 61 tahun dan anak lelakinya, Narongdate yang berumur 32 tahun. Kedua-dua mangsa dihantar ke hospital oleh seorang jirannya sebelum ketibaan polis.
Chutima juga mengetahui bahawa suaminya menghantar sejumlah wang kepada wanita simpanannya yang tinggal di wilayah tersebut.
Prayoon berdepan tuduhan cuba membunuh dan jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara antara 15 tahun hingga 20 tahun. – AGENSI
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..