Saturday, January 20, 2024

Kelar isteri, sebelum kelar diri sendiri

 


Keadaan suspek dan kereta dipandunya dalam kejadian itu.

KLANG – Perselisihan faham menyebabkan seorang lelaki sanggup mengelar isterinya dengan pisau di dalam sebuah kereta di bahu jalan Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) berdekatan Gravit 8, Kota Bayu Emas di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari itu, wanita berusia 49 tahun berkenaan bagaimanapun terselamat selepas berjaya melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Foong berkata, siasatan awal mendapati mangsa dan suspek berusia 50 tahun sedang menuju ke kedai makan dengan menaiki kereta Mazda CX5.

Jelas beliau, lelaki itu kemudian memberhentikan kereta akibat perselisihan faham lalu mengelar isterinya beberapa kali dengan pisau pemotong.

“Mangsa yang ketakutan kemudian keluar untuk meminta bantuan orang awam manakala suspek melarikan diri dengan kereta tersebut.

“Bertindak atas maklumat, kereta itu ditemukan di Jalan Batu Nilam dan suspek dalam keadaan tidak sedarkan diri sehingga cermin terpaksa dipecahkan anggota polis bagi menyelamatkannya,” katanya hari ini.

Menurut Hoong Foong, lelaki berkenaan turut didapati dalam keadaan berlumuran darah dipercayai akibat mengelar tangannya sendiri.

“Pemeriksaan mendapati mangsa cedera di leher, bahu kiri, tangan, kaki dan belakang badan manakala suspek luka di kedua-dua tangannnya.

“Pasangan berkenaan kemudian dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dan dilaporkan stabil,” ujarnya.-KOSMO!ONLINE

No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..