BANGKOK – Seorang lelaki transgender bertindak menyerang seorang gadis kerana berebutkan seorang warga asing di Bandar Pattaya, lapor portal berita The Pattaya News kelmarin.
Dalam kejadian awal pagi itu, suspek menyerang mangsa dan seorang saksi kejadian dengan menggunakan objek tajam. Kedua-dua mangsa mengalami cedera parah.
Salah seorang mangsa yang cedera, Supranee Khamnoi, 24, memberitahu bahawa lelaki trangender itu pada mulanya menjual minyak wangi.
Namun, seorang lagi gadis, Nittaya Chansuay, 22, berjalan bersama seorang lelaki warga asing menuju ke sebuah hotel.
Suspek cuba menggoda teman lelaki Nittaya tetapi tidak berjaya, sebaliknya dia pergi ke hotel bersama gadis tersebut, kata Supranee.
Bagaimanapun, Nittaya kembali untuk menemui suspek sebelum pergaduhan berlaku.
Suspek kemudian menghunus sebilah pisau dan mencederakan gadis itu. Supranee yang cuba menenangkan mereka turut cedera akibat diserang.
Pasukan penyelamat dipanggil ke tempat kejadian untuk menghulurkan bantuan, manakala polis berjaya menangkap suspek. – AGENSI

No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..