Salam. Sejahtera. maaf banyak hari tak kemas kini.
Kerap kali berlaku dalam sejarah kehidupan manusia, pemimpin yang jahat selalunya dijatuhkan. sebagai contoh.
,1. Kaum Bani Israil yang terkenal dengan kedegilan dan kezaliman, telah dikuasi oleh Firaun yang lebih zalim lagi. Setelah 500 tahun Firaun berlaku zalim barulah Allah S.W.T datangkan Nabi Musa untuk menghapuskan kezaliman itu.
2. Khalifah Bani Abbasiah yang lalai dan mula zalim di akhir akhir pemerintahan dihapuskan oleh satu kaum lebih ganas dan zalim iaitu orang -orang Tatar.
3. King farouk yang zalim dan penindas rakyat Mesir telah dijatuhkan oleh tentera pimpinan Jeneral Najib yang didalangi oleh Gamal Abdul Nasir. Kemudian setelah menjadi Presiden dia berlaku zalim keatas pejuang pejuang Islam.
4. Hafez Al Assad dari Syria dan Saddam Hussein dari Iraq ternyata lebih kejam daripada pemerintahan Sultan mereka yang mereka jatuhkan. Akhirnya Saddam Hussin dijatuhkan dengan penuh keaiban.
Itu lah yang dikatakan hidup di dunia , kita kata kita kuat sebenarnya kita lemah, hanya Allah saja yang berkuasa. Takbir, Takbir , Takbir. Bersambung.
sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..