Monday, February 1, 2010

EXPDC 2 Hari 2 Malam

Imam Abu Bakar, yang turut menyertai EXPDC kali ini


Habuan kami pada tengahari ini

Tukang masak sedang buang sisik Ikan jenahak.
Pemancing sedang menjamu selera

Bestnya kari ikan jenahak

Ustaz Nazri sebuk, menukar umpan

Sebahagian Ikan Jenahak Yang Dipancing

Mas Aji

Berlatar Belakang Pulau Langkawi

Salam Buat semua,

Mas Aji telah melakukan expdc menjelajah Tukun kapal karam Langkawi , tukun kapal batik, dan tukun kapal Yan.

Expdc bermula hari jumaat 30/1/2010 jam 2.00 Pagi (sabtu) kami bertolak dari Jety Kuala Sala, Yan , Kedah (kat rumah Noraza kita). Bot yang di kemudi oleh tekong Abang Mat Kangkong. Bot bergerak perlahan dengan kelajuan 15 not batu nautica, memecah keheningan malam yan kian melabuh tirai, kini menjelma dini hari dengan diterangi bulan terang (ayak 14 bulan safar) . Selepas sejam cuaca dari tenang bertukar kepada pertengahan gelora, kira hebat juga la, dalam mulut terkumat kumit membaca apa yang diajar oleh tuan guru apabila dalam kesusahan.

Setelah lima jam megharungi badai kami tiba lokasi pertama di tukun Kapal Langkawi. Kira -kira 10 minit melabuhkan pancingan, rentapan pertama kami dikejutkan dengan 2 kilo Ikan jenahak. Pak Imam kata " ini lauk kita tengahari ini." selang beberapa minit peserta yang lain menaikan Ikan jenahak juga. Di tukun Langkawi adalah hasil sedikit. selepas magrib hari sabtu kami bertolak ke Tukun kapal Batik, disini tak boleh memancing kerana cuaca kurang baik, keadaan laut berkelocah ini menyebabkan kami tak boleh memancing dengan sempurna, sekadar melabuhkan pancingan kami. Kesimpulan di Kapal batik tiada hasil yang memberansangkan.

Selepas jam 3.30 pagi hari ahad kami ke tukun kapal , Yan kesimpulannya disini kami menerima hanya 7 ekor ikan gerut-gerut (macam jenahak puteh le ) sedap untuk dibuat kari .....Kesimpulan EXPDC selama 2 hari , boleh dikatakan sederhana, bolehlah kalau nak buat lauk dalam masa satu minggu. Yang pentingnya kami bersyukur kepada Allah kami sampai di Jety Kuala Sala jam 1.30 tengah hari.


sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..