Salim dengan Tangkapan Ikan Tenggiri
Ikan Tenggiri yang diperolehi secara troling
Kenangan Bersama Cikgu Jamil
Salam buat semua.
Mas aji cuma ingin mengimbau kembali kenangan bersama teman dan rakan lama semasa bertandang ke Kuala Dulang Kecil, Yan kedah pada tahun 2006.Salam buat semua.
Kenangan ini bersama cikgu Jamil , pak Yet, Adik Eja, ramli , salim dan tekong Wang Dulang. Kami berenam sama-sama casting/mengilat (mengelau ) ikan tenggiri di tuas Wan Dulang. Cikgu Jamil ketika itu sebagai rakan sparing dalam casting ikan tenggiri, dan buat pertama kali beliau turun bertandang ke Yan bersama Mas Aji. Fulamak ... First time dia casting dah dapat ikan tenggiri ... Mas Aji berbagga dengan Cikgu Jamil, dan sekarang ini dia telah keluar dari team Mas Aji, dan menyertai team yang lain.
Apa yang hebat tentang tekong Wan Dulang ialah, beliau pernah menyelam dituas dan memancing dengan kawannya dan memperolehi t ikan tenggiri sampai 70 ekor satu hari. Mas AJi belum sampai dapat 20 ekor lagi dapat dalam satu hari. Wan Dulang sebagi Sifu kami dari dulu sampai sekarang ... go on Wan Dulang...
InsyAllah satu hari nanti Mas AJi akan berjaya... Apa yang penting ialah kita bersyukor kepada Allah ke atas semua rezeki yang dikurnikan kepada kita....besyukur lah....sekadar apa yang ada.
sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/
walaupun cikgu jamil dah sertai team lain.. tp kawan tetap kawan tak gitu..mas aji..
ReplyDelete