PULAU PINANG — Pengguna jambatan Pulau Pinang kini boleh mendapat maklumat jika berlaku kesesakan trafik di jambatan itu dengan menghantar SMS kepada pengendali perkhidmatan telefon bimbit masing-masing.
Dalam satu kenyataan hari ini, Penang Bridge Sdn Bhd (PPSB), syarikat pengendali jambatan Pulau Pinang, berkata SMS itu adalah sebagai perkhidmatan tambahan kepada penggunanya.
Maklumat yang disediakan sebelum ini adalah menerusi papan tanda elektronik yang dikenali sebagai Variable Message Sign (VMS) dan pengumuman menerusi siaran radio tempatan.
Bagi mendapatkan maklumat menerusi SMS, pengguna perlu menaip “OTIM (ruang) topen” atau “OTIM (ruang) toprai” dan menghantar mesej itu ke 012-4345366 (Maxis), 019-5733666 (Celcom) atau 016-4168666 (DiGi). Satu kemalangan lima buah kenderaan di laluan ke pulau di jambatan itu pada 7.15 pagi tadi telah mengakibatkan ribuan pengguna terperangkap dalam kesesakan selama tiga jam. - Bernama

Nota : Pagi tadi penulis terperangkap selama 1 jam 20 minit dekat plaza tol . Bukan jauh mana 3 kilometer sahaja. Bila sampai di tengah jambatan , terdapat tiga buah kenderaan berlanggar dari arah belakang. Maklumlah semua nak cepat pergi kerja. kata pepatah " Biar lambat asalkan selamat "
sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..