Sunday, March 21, 2010

Masyallah !! 17,303 Anak Luar Nikah diDaftar tahun 2009


Mama & Baby ada, kemana pula bapanya ?
Kuala Lumpur : Seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh Negara sepanjang Tahun Lalu. Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Datu Alwi Ibrahim, berkata bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya .
Fakta : Tahun 2007 seramai 16,100 anak luar nikah didaftarkan Tahun 2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan. Tahun 2009 seramai 17,303 anak Luar Nikah didaftarkan . Dari tahun 2005 Sehingga tahun 2009 seramai 214,083 anak tidak sah taraf didaftarkan (Pelbagai Bangsa) Pecahan bangsa sejak dari tahun 2005 hingga 2009 Lain Lain kaum 91,922 kes, Melayu 74,732, India ( 23,696 ), Cina (23,692 kes). Sumber Jabatan Pendaftaran Negara
Datuk Alwi menjelaskan dalam tempuh lima tahun lalu. JPN mencatit 74,723 pendaftaran anak luar nikah adalah membabitkan orang Melayu/Islam. Ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM ) Sumber Berita Harian

Kupasan dan kesimpulannya. Anak luar nikah lahir berpunca dari 1. Persetubuhan haram ,2. Nikah selepas mengandung 3. Diperkosa oleh teman lelaki atau manusia durjana yang lain. 4. Hubungan seks rambang. 5. Bayi lahir kurang dari 6 bulan dari tarikh pernikahan ibubapanya. Dalam kes ini menjelaskan bertapa jatuhnya moral anak muda mudi kita dewasa ini.
Rasulullah pernah bersabda “ kalau kamu hendak lihat pemimpin masa depan maka kamu lihatlah jenerasi masa kini “ . Dalam perkara ini mas Aji merujuk kepada sepotong ayat Al Quran berbunyi “ Jagalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka “ Insyallah selamat dunia akhirat. Kalau kita tidak mampu mencegah kita jagalha keluarga kita.

“sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/

3 comments:

  1. Itulah makin moden ..manusia telah lupa akan diriya

    ReplyDelete
  2. emm pe la nk jd dgn manusia di akhir zaman ye..masyallah..moga dilindungi ALLAH dr segala kejahatan dan kemasiatan..

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..