Bekas Pensyarah Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM ) Prof. Datuk Hassan B Yaacob tidak pernah menyimpan angan angan untuk bergelar seorang usahawan berjaya. Pada awalnya kajian yang beliau jalankan tentang gamat hanya mahu membuktikan bahawa kehidupan laut itu bukan penyembuh luka seperti yang dipercayai oleh orang ramai terutama masyarakat Melayu
Namun setelah tujuh tahun menyelidik beliau terpaksa akur dengan keputusan penyelidikan yang dijalankan bersama pasukannya. Tenyata hidupan laut itu rupa rupanya tidak hanya mampu menyembunkan luka bahkan membawa keajaiban pada kesihatan manusia.
Prof kelahiran dari Kampung Sireh,Kelantan enggan megakau kalah setelah 5 tahun pada awalnya membuat kajian tentang gamat ini. Beliau nekad dan belajar menyelam dari seorang pakar selam. Ketika itu barulah beliau mengenai gamat dan melihat sendiri komoniti hidupan tersebut dan beliau juga memproses sendiri gamat itu dan mengakaji selama 3 tahun untuk melihat sebatian aktif dalam gamat. " rupa rupanya apabila air gamat ini pekat baru kita jumpa molikul molikul kecil yang dipanggil polipeptide iaitu protien yang sangan kecil terkandung. Beliau juga menerima anugerah Penyelidikan Fellowship sains dari Jepun Untuk menjalankan kajian mengenai gamat .
Menurut Datuk Hassan , peptide sebenarnya meransang rejuvenasi sel dan antibodi yang boleh ebantu menyembuh luka. Dengan modal RM 90,000 beliau membuka syarikat sendiri utuk memproses dan mempromosikan gamat. Syukur Alhamdulillah dengan berkat doa dan kesabaran sekarang syarikat beliau Heawell pharmaceuticals telah berkembang maju dengan pekerja seamai 100 orang itu, dan kini memiliki bangunan sendiri bernilai RM 7 juta.
Nota : Tahiah diucapan kepada beliau kerana telah membina perniagaan yang bernilai jutaan ringgit serta mepromosikan ubatan traditional yang dahulunya di miliki oleh orang kampung , telah menembusi pasaran luar negara.. " Man Jadda Wajada" ( siapa yang mahu bersungguh jika dia berusaha dia akan dapat )
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..