Pasukan tentera dan polis gagal menghalang kumpulan antikerajaan yang terkenal dengan gelaran Baju Merah itu menggunakan gas pemedih mata dan semburan air.
Penunjuk perasaan itu kemudian berunding dengan polis supaya kembali menyiarkan saluran itu, sebelum keluar dari kawasan tersebut.
Tindakan itu sekali lagi memalukan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva yang didesak supaya membubarkan Parlimen dan mengadakan satu pilihan raya baru.
Menurut akhbar The Nation, sebanyak 10 penunjuk perasaan dan tiga anggota pihak berkuasa cedera dalam insiden itu.
Penunjuk perasaan itu membaling batu dan bom petrol semasa melepasi pagar kawat bangunan Thaicom Public Co. Ltd. Mereka bagaimanapun tidak memasuki bangunan utama.
Kumpulan Baju Merah itu turut menawarkan air minuman kepada askar-askar dan polis selain menunjukkan sejumlah senjata termasuk M-16 yang telah dirampas daripada anggota tentera kepada pemberita.
Senjata itu kemudian diserahkan semula kepada pihak berkuasa.
Saluran yang propembangkang itu kembali bersiaran pada petang semalam.
Namun jurucakap kerajaan, Panitan Wattanayagorn memberitahu, pihaknya masih mengawal saluran berkenaan. Selepas pergelutan berakhir, beberapa anggota pihak berkuasa berjabat tangan dengan penunjuk perasaan. - AP
Abu Luqman : Setakat tunjuk perasaan sudahlah jangan lah sampai serang Pejabat TV, nanti semua orang susah.. tunjuk perasaan secara aman dah le..macam Bersih buat dulu kan.hebat lagi orang Malaysia.aman dan damai.. Allahu Akhbar.
sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/
laa. apela yg diorg nak,. hahaha
ReplyDeleteteringat time diorang tunjuk perasaan and baling darah. ish. menakutkan.
ReplyDeletekalau ak tahu.itulah siam perut hijau kata orang utara.. Tak berhati perut langsung
ReplyDelete