Tuesday, April 13, 2010

Bank Diminta Kurangkan Penghutang Jatuh Muflis

Tindakan penguatkuasaan bantu minimum kes bankrap .PUTRAJAYA: Bank dan syarikat pemberi pinjaman diingatkan supaya tidak mengambil jalan mudah untuk mengutip semula hutang dengan hanya memohon perintah bankrap terhadap mereka yang berhutang, kata Ketua Pengarah Insolvensi, Datuk Abdul Karim Abdul Jalil. Beliau berkata, tindakan memohon kebankrapan terhadap penghutang sepatutnya menjadi jalan terakhir untuk mengutip semula hutang selepas beberapa langkah penguatkuasaan diambil oleh pihak berkenaan.

Katanya, langkah penguatkuasaan itu juga akan membantu mengurangkan kes bankrap yang perlu diuruskan oleh Jabatan Insolvensi (MdI) selain meminimumkan kesan muflis kepada orang ramai. "Antara tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil oleh bank atau syarikat ialah memohon perintah mahkamah untuk mendapatkan writ menyita dan melelong harta penghutang atau memohon perintah ‘garnishee’ terhadap mereka yang berhutang," katanya kepada Berita Harian. Perintah ‘garnishee’ adalah prosedur undang-undang yang membenarkan bank mendapatkan harta penghutang yang berada di tangan orang lain menerusi perintah mahkamah.
Abdul Karim berkata, ada juga sesetengah syarikat pemberi pinjaman yang bersikap terlalu mendesak supaya jabatan menyegerakan penyelesaian hutang mereka selepas sesuatu kes bankrap diambil alih oleh MdI. Berita Harian sebelum ini mendedahkan lebih 100,000 rakyat negara ini yang diisytiharkan bankrap menghadapi risiko kekal pada status berkenaan berikutan gagal hadir untuk menguruskan kes dengan Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI). Jumlah itu adalah berikutan kurang 50 peratus atau 107,205 daripada 214,410 keseluruhan kes kebankrapan yang ditadbir oleh jabatan sehingga Februari lalu, tidak dapat dikesan kerana orang yang bankrap tidak melaporkan diri untuk pengurusan kes. Abdul Karim berkata, pada masa ini isu kebankrapan tidak dipandang berat oleh ahli ekonomi walhal ia adalah antara pengukur kepada "kesihatan" ekonomi. Berita Harian

sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..