Wednesday, April 14, 2010

Israel Pemilik Simpanan Nuklear Keenam Terbesar

BAITULMAQDIS - Beberapa pakar percaya Israel berada dalam senarai negara pemilik simpanan nuklear terbesar dunia selepas AS, Rusia, Britain, Perancis dan China. Namun, Tel Aviv secara konsisten tidak membuat sebarang pengakuan ataupun penafian mengenai program nuklear yang dibangunkan. Kebanyakan maklumat berhubung program nuklear Israel diperoleh berdasarkan laporan berita dan sumber asing. Pada 1985, bekas juruteknik di loji Dimona, Israel, Mordechai Vanunu mendedahkan beberapa foto dan data sulit mengenai kemudahan nuklear negara itu. Semua data dan foto itu kemudian disiarkan akhbar London Sunday Times.: Data menunjukkan Israel membangunkan program nuklear sofistikated membabitkan lebih 200 bom neutron.: Semua bom-bom tersebut mampu dilancarkan bersama peluru berpandu jarak sederhana, dibawa pesawat pejuang F16 atau kapal selam misil. Bukti foto pula mendedahkan beberapa rekaan terperinci, di mana pakar-pakar saintifik mendakwa Israel berupaya menghasilkan bom hanya dengan menggunakan bahan plutonium sebanyak empat kilogram. Pakar dasar nuklear, Prof Yair Evron menganggap sikap berahsia Israel mengenai kewujudan program nuklear tidak ubah sebagai cereka diplomatik. "Ini kerana kebanyakan komuniti dunia percaya bahawa Israel memiliki keupayaan senjata nuklear," katanya. Kenyataan bekas Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert semasa melawat Jerman pada Disember 2006 mendedahkan status pemilikan nuklear negara Yahudi itu. "Bolehkah anda berkata (keupayaan nuklear) Iran berada pada tahap sama apabila mereka bercita-cita memiliki senjata nuklear seperti Amerika Syarikat (AS), Perancis, Israel dan Rusia," katanya. ..sumber Sinar
A..Luqman .Itu lah dunia barat.. kalau bab Israel ada nuklear tak diberi tekanan mengenai penggunaanya.. kalau Negara Islam ..ianya akan di serang habis habisan. double standard

sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/

1 comment:

  1. Nilah dia dunia barat yg betul2 super double standard.Kalau negara Islam nak buat nuklear tak boleh.Diorg sumernya boleh.Utk apa?kita sumer sedia maklum.Apapun secanggih & sehebat manapun alat tak kan dpt mengatasi kebesaran & kehebatan yg maha esa.

    ReplyDelete

Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..