PETALING JAYA: Gara-gara
selisih faham berhubung tempat parkir sehingga tercetusnya pergaduhan
sesama jiran, seorang ibu anak dua didenda RM500 atau penjara 10 hari
oleh Mahkamah Majistret di sini pada Rabu kerana bergaduh di tempat
awam.
Majistret Nurulhuda Zakariya menjatuhkan hukuman itu terhadap Arni Shuana Abdullah, 41, seorang peniaga selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Arni Shuana bersama-sama seorang lagi yang masih bebas didakwa bergaduh di tempat awam yang telah mengganggu ketenteraman awam di lobi sebuah kondominium, di Puchong, dekat sini, pada 8.45 malam, 28 Nov lepas.
Wanita itu didakwa mengikut Sesyen 160 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum sebulan atau dengan denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam itu merayu hukuman ringan dengan
alasan dia mempunyai dua orang anak, bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya
Natasha Chin Le Jy memohon hukuman setimpal kerana punca pergaduhan
hanyalah disebabkan tempat parkir kereta.
Mengikut fakta kes, pengadu yang juga seorang ibu tunggal berada di lobi kondominium tersebut sebelum didatangi tiga individu merupakan penduduk di situ dan seorang daripada individu berkenaan secara tiba-tiba memarahi wanita itu dan menuduhnya meletakkan kenderaan di petak parkir bukan miliknya.
Ekoran itu, berlaku pertengkaran mulut dan tertuduh mengeluarkan kata-kata kesat serta menolak dada individu berkenaan. - Bernama
Majistret Nurulhuda Zakariya menjatuhkan hukuman itu terhadap Arni Shuana Abdullah, 41, seorang peniaga selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Arni Shuana bersama-sama seorang lagi yang masih bebas didakwa bergaduh di tempat awam yang telah mengganggu ketenteraman awam di lobi sebuah kondominium, di Puchong, dekat sini, pada 8.45 malam, 28 Nov lepas.
Wanita itu didakwa mengikut Sesyen 160 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum sebulan atau dengan denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya.
Mengikut fakta kes, pengadu yang juga seorang ibu tunggal berada di lobi kondominium tersebut sebelum didatangi tiga individu merupakan penduduk di situ dan seorang daripada individu berkenaan secara tiba-tiba memarahi wanita itu dan menuduhnya meletakkan kenderaan di petak parkir bukan miliknya.
Ekoran itu, berlaku pertengkaran mulut dan tertuduh mengeluarkan kata-kata kesat serta menolak dada individu berkenaan. - Bernama
No comments:
Post a Comment
Admin Blog Ini Tidak bertanggung Jawab ke atas komen anda yang menyinggung perasaan orang lain..